AM

PDRM jalin kerjasama bersama UKM bagi tangani ancaman NPS

244

21 Oktober 2022 – Setiausaha Polis Malaysia Polis Dato’ Hajah Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalinkan kerjasama strategik bagi menambahbaik keupayaan penyiasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), khususnya bagi menangani ancaman bahan psikoaktif baharu (New Psychoactive Substances – NPS).

Menurut Noorsiah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MoU itu ditandatangani oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman bertempat di auditorium Akademia Siber Teknopolis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui oleh PDRM dan UKM melalui MoU tersebut adalah:

a) Penggunaan fasiliti bersama dalam melaksanakan penyelidikan dan kajian;

b) Penyediaan latihan dan kepakaran UKM kepada PDRM dalam melaksanakan penyelidikan dan kajian sains forensik; dan

c) Memberikan geran penyelidikan kepada UKM bagi tujuan kajian dan penyelidikan berkaitan sains forensik.

“Program penyelidikan yang bakal dijalankan akan memenuhi keperluan jangka panjang PDRM bagi pembangunan sumber manusia dan pakar bidang sementara. Manakala hasil penyelidikan pula akan diterjemahkan dan digunapakai untuk Operasi Anti Dadah JSJN. Penyelidikan yang dirancang akan memadankan kepakaran sedia ada di UKM ke arah memenuhi keperluan negara memerangi dadah sejajar dengan peranan UKM sebagai universiti kebangsaan.

Bagi tujuan latihan pula, ia akan melibatkan pegawai dan anggota PDRM sebagai peserta kursus teknikal dalam bidang forensik NPS. Pegawai dan anggota PDRM yang telah melengkapkan keperluan kursus akan dianugerahkan sijil profesional UKM.” kata Noorsiah.

Tambahnya, MoU itu merupakan langkah bagi membantu pihak berkuasa khususnya PDRM untuk menangani penularan dadah dengan lebih baik, selain mengangkat bidang sains dan teknologi ke tahap yang lebih tinggi.

“Kerjasama ini juga mampu menyokong pembangunan pakar bidang bagi kedua-dua pihak dalam memenuhi keperluan sains forensik semasa dan akan datang.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...