Home KHAS UMNO Padang Terap usul Ismail Sabri terus terajui kepimpinan negara
KHASPolitikPRU15z10

UMNO Padang Terap usul Ismail Sabri terus terajui kepimpinan negara

PADANG TERAP, 15 Oktober 2022 – UMNO Bahagian Padang Terap meluluskan usul tanpa berbelah bahagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menerajui kepimpinan Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ketuanya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UMNO bahagian itu turut meluluskan usul memberi kepercayaan kepada Presiden Parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan parti menyusun strategi memperkukuhkan UMNO.

“Alhamdulillah, UMNO Padang Terap mencapai kata sepakat itu dengan ketetapan tersebut yang menandakan keyakinan teguh seluruh kepimpinan Bahagian Padang Terap untuk melihat UMNO terus diperkukuhkan.

Kepimpinan dan seluruh ahli-ahli UMNO Padang Terap juga mencapai kata putus itu selaras dengan situasi semasa iaitu untuk menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi”, katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Tambah Mahdzir, UMNO Bahagian itu juga meluluskan usul bertegas dalam menangkis sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang boleh mengundang campur tangan asing dalam hal ehwal negara ini.

“UMNO Padang Terap berpandangan, walau di dalam apa jua bentuk dan alasan sekalipun, kita tidak boleh membiarkan campur tangan asing dalam urusan negara kerana kita mampu membentuk negara kita berdasarkan acuan dan halatuju kita sendiri.”

Selain itu, UMNO Padang Terap juga meluluskan usul memerangi sebarang bentuk penyebaran dan dakyah yang tidak bertanggungjawab serta penyalahgunaan media sosial, cetak dan elektronik sebagai medan penyebar fitnah, propaganda dan adu domba.

Turut diluluskan, usul supaya bersiapsiaga menghadapi PRU15 dengan penuh iltizam, cekal dan sehati sejiwa tanpa sebarang prasangka di semua peringkat kepimpinan dan ahli sama ada di pusat, negeri, bahagian dan cawangan.

“Berpaksikan kebenaran, kesungguhan serta kejujuran dalam memperjuang dan membela rakyat, dengan rekod keupayaan terdahulu dalam menerajui kepimpinan negara, persidangan UMNO Bahagian Padang Terap pada kali ini mengambil ketetapan menyokong penuh gandingan kepimpinan utama negara dan parti yang menjiwai denyut nadi rakyat dan suara hati parti keramat ini dibawah satu bumbung “Keluarga Malaysia”, kata Mahdzir.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...

AMMY LNAPolitik

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut...

AMMY LNAPolitik

Janji Adam Adli

Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) komited untuk...