10 September 2022 – Malaysia mencadangkan agar menyeru Negara-Negara Anggota Organisation Islamic Country (OIC) yang mempunyai kepakaran dalam bidang sukan agar berkongsi pengalaman serta kemahiran sebagai usaha meningkatkan mutu sukan dalam kalangan Negara OIC. Ia disuarakan Malaysia pada persidangan ke-5 Islamic Conference of Youth and Sports Ministers (ICYSM) yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi.
Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata langkah itu bukan sahaja dapat menambah bilangan atlet bertaraf dunia dalam kalangan Negara Anggota OIC namun, lebih penting adalah untuk mewujudkan kitaran perniagaan yang lebih kompetetif sekaligus memacu pertumbuhan industri sukan negara-negara anggota ke tahap lebih tinggi.
Katanya Malaysia turut mencadangkan agar fokus tidak hanya diberikan kepada sukan berprestasi tinggi semata-mata tetapi tumpuan juga perlu diberikan kepada sukan atau permainan tradisional yang lebih terarah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota OIC.
“Malaysia amat percaya sukan adalah pemboleh penting untuk menggalakkan pembangunan dan keamanan sekaligus merapatkan jurang antara negara.” kata Ahmad Faizal.
Tambah beliau, ICYSM turut membahaskan cabaran dihadapi golongan belia melibatkan Negara Anggota OIC dalam mengatasi kesan kejatuhan ekonomi dan sosial akibat pandemik COVID-19.
“Negara-negara Anggota OIC telah menerima baik pengalaman dikongsikan Malaysia dalam usaha pembangunan belia dan sukan terutama menerusi pelaksanaan Model Pembangunan Belia 2030, yang melihat kedudukan belia berbeza daripada segi kehendak dan keperluan pasca pandemic COVID-19.
Justeru, Malaysia kekal teguh untuk bekerjasama bersama belia di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Demi mencapai hasrat ini, langkah inovasi dan pendigitalan, pengukuhan tadbir urus serta penyelidikan akan senantiasa diperhebatkan.
Selain itu, Malaysia bersyukur kerana cadangan untuk menubuhkan Islamic Cooperation Youth Forum (ICYF) di Palestin, yang bertujuan memberi fokus kepada pembangunan, perkongsian idea dan pemerkasaan ekonomi melibatkan golongan belia negara itu telah dipersetujui.” kata Ahmad Faizal.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment