Oleh J-KOM
AYER KEROH, 10 September 2022 – Seramai 179 orang mahasiswa dan mahasiswi bersemangat jitu dalam sesi Perkongsian Keluarga Malaysia secara santai dan mesra bersama YBhg. Dato’ Dr. Zuraidi bin Ishak, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM).
Program Lanjutan Kepimpinan Keluarga Malaysia 1 Perlembagaan 5 Prinsip Rukun Negara (KM 15) Peringkat Universiti Awam Siri Pertama anjuran kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-universiti Malaysia (MAKLUM) di USIMA Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka bermula 7 hingga 10 September memberikan penerangan mengenai konsep Keluarga Malaysia yang melibatkan 3 teras iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
Mereka yang hadir terdiri daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut diberikan pendedahan sebenar mengenai permasalahan dan harapan belia kepada Keluarga Malaysia.
Diharapkan melalui program bersama komuniti pemimpin pelapis sebegini dapat memperkukuhkan lagi semangat Keluarga Malaysia dalam jati diri anak-anak muda dan seterusnya memberikan sumbangan kepada pembinaan negara di masa hadapan.
Leave a comment