Politik @ My LNA

Skandal LCS : Zahid perlu bertanggung jawab – Lim Kit Siang

332

7 Ogos 2022 – Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyatakan bahawa Mantan Menteri Pertahanan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi perlu bertanggungjawab terhadap skandal Littoral Combat Ship (LCS) yang bernilai RM9 billion itu.

Di dalam ucapannya di ceramah kopitiam kawasan parlimen Kluang pada pagi hari ini, Kit Siang berkata Zahid kelihatan bodoh untuk menafikan yang dia bertanggungjawab ke atas skandal LCS ini.

“Zahid boleh dikira sebagai menipu apabila dia menafikan tanggungjawabnya terhadap skandal LCS ini, memandangkan proses perolehan enam buat kapal LCS ini diluluskan pada awal tahun 2011 (ketika menjadi Menteri Pertahanan) selepas menerima permohonan dari pihak tentera laut.

Kerana inilah Zahid dipanggil oleh PAC pada 25 Oktober 2021 untuk menjelaskan keputusan ini dan bukannya Menteri Pertahanan pada tahun 2014.

Pada 26 Mei 2011, Zahid meluluskan enam buah LCS dengan reka bentuk Sigma seperti yang dicadangkan oleh pihak Tentera Laut, namun pada 11 Julai 2011, dia bersetuju dengan pihak kontraktor, Boustead Naval Shipyard, untuk menukar reka bentuk dari Sigma kepada GOWIND tanpa mendapatkan nasihat atau persetujuan pihak Tentera Laut. Bolehkah Zahid menjelaskan mengapa keputusan ini dibuat?” kata Kit Siang.

Tambah ahli politik veteran itu, sekiranya tidak kerana Pilihan Raya Umum ke-14 yang telah menumbangkan kerajaan dan hegemoni UMNO pada tahun 2018, skandal LCS tersebut akan terus tersembunyi dan rakyat Malaysia tidak akan tahu mengenainya.

Terdahulu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengeluarkan kenyataan bahawa TLDM mengambil maklum dan melihat daripada sudut positif terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai projek perolehan Littoral Combat Ship (LCS) yang dikeluarkan pada 4 Ogos 2022.

“TLDM amat mengalu-alukan syor yang dikemukakan oleh PAC dan mahukan hala tuju terbaik bagi projek LCS. TLDM ingin menekankan bahawa perolehan LCS ini merupakan perolehan kritikal bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara. Keupayaan tempur yang perlu dimiliki TLDM mestilah sejajar dengan perkembangan lanskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau.” kata TLDM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...