Home AM Gerakan Tanah Air (GTA)
AMKHASPolitikz10

Gerakan Tanah Air (GTA)

7 Ogos 2022 – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad memaklumkan bahawa Gerakan Tanah Air (GTA) ialah gabungan Parti-Parti Politik Melayu dan NGO-NGO bertujuan membentuk satu usaha untuk tukar Kerajaan.

Katanya dalam satu catatan di Facebook rasmi beliau, gerakan itu juga meliputi ahli-ahli akademik, profesional dan orang perseorangan.

“Gerakan orang Melayu ini tidak bersifat perkauman tetapi usaha kita tertumpu untuk lawan sebuah parti Melayu yang telahpun menyeleweng iaitu UMNO.

Untuk melawan UMNO, jika kita bukan parti Melayu orang Melayu tidak akan sokong. Sebab itu kita adakan parti Melayu untuk bersaing dengan parti Melayu UMNO yang menyeleweng. Dalam pilihanraya, kita sebagai Gerakan Tanah Air akan menentang UMNO dan kita harap mendapat sokongan daripada rakyat, bukan kerana mereka ahli parti sebaliknya sebagai orang Melayu yang sedar dan curiga dengan masa depan.

Gerakan Tanah Air diadakan sebagai tempat orang Melayu tentukan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dan bersama mendapat tempat mereka dalam negara berbilang kaum ini.” katanya.

Tambah Dr. Mahathir, Gerakan Tanah Air tersebut bukan untuk rampas harta orang bukan Melayu, bukan untuk sekat orang Melayu berusaha mendapat kekayaan.

“Sebaliknya kita berusaha untuk perbetulkan kedudukan orang Melayu supaya mereka juga akan dapat bahagian di dalam negara kita ini.

Inilah sebabnya kita adakan Gerakan Tanah Air. Kita jemput semua orang Melayu yang berasa curiga tentang masa depan mereka menyertai kita ataupun sekurang-kurangnya menyokong perjuangan kita dalam pilihanraya akan datang.

PRU ke 15 nanti kita akan bertanding sebagai satu gerakan dan akan letak calon-calon daripada parti politik, NGO, individu tertentu, golongan profesional dan akademik.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPolitik

PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH

PADANG TERAP, 5 Jun – Formula ‘menang-menang’ bagi agihan kerusi Pilihan Raya...

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

HighlightsMY LNAPolitik

AGIHAN KERUSI PH-BN PERLU BERLANDASKAN SEMANGAT PERPADUAN

ALOR SETAR, 4 Jun 2023 – Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin...