Niaga @ My LNA

Perasmian Pavilion Malaysia di International Franchise, License & Business Concept Expo 2022 di Jakarta

505

JAKARTA 6 Ogos 2022 – Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan, KPDNHEP Dato’ Rohaizi Bin Bahari mengetuai Delegasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (MDTCA) di dalam Misi Perdagangan Francais ke Jakarta, Indonesia.

Menurut KPDNHEP dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini, Misi Perdagangan Francais Malaysia tersebut adalah bawah program Enhanced Franchise Development Programme (EFDP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA). Misi perdagangan ke Indonesia adalah misi ke-4 yang dijadualkan tahun ini selepas misi perdagangan ke Arab Saudi, Bosnia-Herzegovina dan Afrika Selatan.

Kata KPDNHEP, delegasi itu turut disertai oleh empat belas (14) jenama francaisor Malaysia iaitu Ar-Rahn, Bubblebee, CIC Where Leaders Are Born, Genius Aulad, Home Maths Theraphy, Kenny Rogers Roasters, Laundrybar, Little Caliphs, Marrybrown, Oldtown White Coffee, Poney , Siti Khadijah, Smart Readers Kids dan US Pizza.

“Francais Pavilion Malaysia di IFRA 2022 telah dirasmikan oleh Encik Adlan Bin Mohd Shaffieq, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Dalam ucaptama pada majlis perasmian, beliau menyatakan bahawa Malaysia dan Indonesia adalah negara jiran dan ‘Serumpun’ yang membolehkan kita mempunyai kerjasama yang baik dalam sektor ekonomi dan diplomatik. Kerana hubungan yang baik ini, maka terdapat banyak syarikat francaisor Malaysia yang berjaya menembusi pasaran Indonesia dan juga syarikat-syarikat Indonesia ke Malaysia. Di peringkat global, jenama francais Malaysia juga telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia, dengan lebih daripada 68 jenama di 74 negara.

Dalam program yang sama juga, ucapan alu-aluan oleh Dato’ Rohaizi Bin Bahari ada menyebut bahawa Malaysia telah menghasilkan banyak jenama francaisor yang menembusi pasaran antarabangsa sejak 1980. Bagi tujuan ini Malaysia telah memperkenalkan Program Pembangunan Francais sejak 1994 dan Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang mengadakan Akta Francais pada tahun 1998.

Di samping itu, Dato’ Rohaizi Bin Bahari berkata misi yang dirancang di EFDP berhasrat untuk menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke pasaran antarabangsa dan mencari pelabur berpotensi yang sesuai melalui program pemadanan perniagaan. Jenama Francais Malaysia juga telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia, dengan lebih daripada 68 jenama di 74 negara. Pada tahun 2021, industri francais di Malaysia telah mencatatkan jumlah jualan RM13 bilion, iaitu peningkatan 16.4% berbanding 2018, dengan jualan lengkap RM11.16 bilion.” kata KPDNHEP.

KPDNHEP juga telah bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk membantu francais berkembang dalam dan luar negara bagi mencapai lebih banyak jenama francais tempatan menembusi
pasaran antarabangsa.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNANiaga @ My LNA

Melaka sedia 10 anugerah untuk usahawan terbaik

Oleh MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID / MELAKA HARI INI AYER KEROH 3...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

foodpanda melancarkan pandapro yang diperbaharui untukpelanggan setia

Penjimatan Besar dengan Tawaran Eksklusif dan Penghantaran Percuma Tanpa Had hanyauntuk pelanggan...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Karya Seni Mural QuickBites Menerima Pengiktirafan The Malaysia Book Of Records

● ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ Bersama QuickBites 2024 adalah program anjuran Gardenia...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

DC Healthcare Raikan Pembukaan Besar Klinik Dr. Chong di Pulau Pinang Dirasmikan oleh Gabenor Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi

PULAU PINANG, 12 Jun 2024 – DC Healthcare Holdings Berhad (“DC Healthcare” atau “Kumpulan”),...