AMJenayah

Seleweng minyak diesel subsidi : Sebuah syarikat didakwa di mahkamah

256
someones hand holding Wooden Law Gavel

PUTRAJAYA 5 Ogos 2022 – Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman bin Adam memaklumkan bahawa sebuah syarikat bersama seorang pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 3 Ogos 2022 atas pertuduhan melakukan penyelewengan diesel bersubsidi dalam satu serbuan yang telah dilakukan ke atas sebuah premis di Kuala Selangor, Selangor pada 28 Julai 2022.

Dalam satu kenyataan semalam, Azman berkata tertuduh dan pengarahnya yang berumur 57 tahun merekodkan pengakuan tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Puan Rasyihah binti Ghazali. Katanya tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 iaitu di dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan didapati mempunyai dalam milikan barang kawalan yang juga merupakan barangan berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 21,035 liter tanpa kebenaran.

“Berdasarkan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 mewajibkan mana-mana pihak bagi tujuan perdagangan yang membeli dan menyimpan barang kawalan (diesel bersubsidi) perlu memiliki permit kebenaran daripada pihak Kementerian.

Timbalan Pendakwa Raya KPDNHEP, Tuan Firdaus bin Ruslan telah menawarkan jaminan ke atas tertuduh sebanyak RM 30,000.00 namun tertuduh telah mengemukakan rayuan agar jaminan dikurangkan ke atasnya. Mahkamah telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 15,000.00 dengan seorang penjamin.

Mahkamah telah menetapkan tarikh 12 September 2022 bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.” kata Azman.

Tambahnya jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 – Seseorang selain daripada badan korporat tetapi termasuk pengarah atau pegawai sesuatu korporat yang melakukan kesalahan terhadap Akta ini, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit (RM1,000,000.00) atau dipenjara dalam tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, dan kesalahan pada kali kedua dan seterusnya, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit (RM3,000,000.00) atau dipenjara dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak Kementerian ingin memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual (diesel bersubsidi) agar mematuhi perundangan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) termasuklah didakwa di Mahkamah.” ujar Azman.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...