Jenayah

Operasi Tapis Khas Siri 5 : 4,243 tangkapan telah dibuat

327

2 Ogos 2022 – Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa bagi tempoh 27 hingga 29 julai 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN semua kontinjen telah menjalankan Operasi Tapis Khas Siri 5 di seluruh negara.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, operasi tersebut melibatkan seramai 1,864 pegawai/anggota daripada JSJN dan dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) iaitu seramai 107 orang serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seramai 153 orang.

Katanya, sejumlah 201 pemeriksaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di stesen JPJ/balai, hentian awam, ICQS/CIQS, R&R lebuh raya dan sempadan telah dijalankan.

Menurut Noorsiah objektif bagi operasi khas ini adalah untuk:-

i) mengesan dan menangkap tokan-tokan dadah di SJR;

ii) memusnahkan sarang-sarang penagihan dadah;

iii) mengambil tindakan ke atas penagih-penagih tegar;

iv) mengesan dan menangkap wanted person atas kesalahan dadah;

v) mengambil tindakan pencegahan ke atas pengedar dadah yang telah dikenal pasti; dan

vi) mengambil tindakan ke atas pemandu-pemandu kenderaan berat.

“Sepanjang operasi ini dijalankan seramai 9,684 orang telah ditahan dan diperiksa.

Daripada jumlah tersebut seramai 4,243 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah. Kesemua suspek yang ditangkap berusia 14 hingga 70 tahun.” kata Noorsiah.

Tambah Noorsiah, dalam operasi tersebut sebanyak 99.03 kg dan 508 liter pelbagai jenis dadah serta senjata api telah berjaya dirampas yang dianggarkan bernilai RM607,878.91. Selain itu, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, di mana JSJN telah menyita pelbagai aset yang dianggarkan bernilai RM811,608.00.

“Sepanjang OP Tapis Khas 1 hingga OP Tapis Khas 5 yang dijalankan bermula Januari hingga Julai 2022, seramai 20,561 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah. Sejumlah dua (2) tan dan 2,530.32 liter pelbagai jenis dadah yang bernilai RM15,028,789.31 telah berjaya dirampas.” ujar Noorsiah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

Hina Agama Islam : Seorang lelaki warga tempatan ditangkap

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 – Seorang lelaki warga tempatan telah ditangkap...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN tumpaskan sindiket seleweng diesel di Dengkil, Selangor.

SEPANG, 11 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...