AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Omicron BA.4 dan BA.5 : KKM jangkakan jumlah kes baharu akan meningkat

185

8 Julai 2022 – Dengan meningkatnya mobiliti penduduk sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan akan berlaku peningkatan kes Covid-19 berdasarkan  perbandingan jumlah jangkitan baru yang direkodkan terutamanya bagi varian Omicron.

Pada siaran akhbar hari ini, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menyatakan Varian Omicron merupakan varian yang dominan di seluruh dunia pada masa kini yang menyumbang kepada 92 peratus daripada keseluruhan jujukan genomik yang telah dilaporkan dari 1 hingga 30 Jun 2022.

“Minggu  EPID 1/2022 hingga  6 Julai 2022 sahaja, menunjukkan jumlah kes jangkitan semula Covid-19. Gelombang varian Omicron adalah sebanyak 14,360 kes berbanding  varian Delta  sebanyak 2,295 kes. Ini adalah sejajar dengan perkembangan dii peringkat global, sublineage BA.4 telah menunjukkan kadar peningkatan daripada 11 peratus pada ME 24/2022 kepada 12 peratus pada ME 25/2022. Manakala sublineage BA.5 telah menunjukkan peningkatan dari 37 peratus ke 52 peratus. Sementara itu, sublineage BA.2 menyumbang sebanyak 24 peratus dan BA.2.12.1 sebanyak 11 peratus.

Di Malaysia, KKM ingin memaklumkan secara kumulatif sehingga 30 Jun 2022, terdapat 13 kes sublineage Omicron yang sedang dipantau rapi iaitu:

  • Enam (6) kes BA.2.12.1
  • Lima (5) kes BA.5; dan
  • Dua (2) kes BA.5.2

Kesemua kes ini didapati positif di antara bulan Mei dan Jun 2022. Sehingga kini, tiada kes sublineage Omicron BA.4 yang direkodkan setakat ini.

KKM menjangkakan jumlah jangkitan baharu akan meningkat disebabkan oleh Omicron BA.4 dan BA.5, terutamanya BA.5. Ini kerana Omicron BA.5 adalah versi virus Covid-19 yang paling mudah merebak setakat ini. Ia lebih mudah menjangkiti berbanding varian Omicron sebelumnya iaitu BA.1 dan BA.2,” katanya.

Beliau menjelaskan, mereka yang telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 atau telah dijangkiti Covid-19 sebelum ini lebih berkemungkinan untuk dijangkiti semula dengan varian ini. Ini juga akan menyumbang kepada peningkatan jangkitan Covid-19 dalam beberapa minggu akan datang.

Menurutnya lagi, secara perbandingannya, situasi seperti ini juga telah mengakibatkan peningkatan kemasukan ke hospital di negara-negara seperti Singapura, Portugal, UK dan lain-lain. Bagaimanapun data dari Israel dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa individu yang telah melengkapkan vaksinasi dos primer dan menerima dua dos penggalak, terutamanya dalam kumpulan umur 60 dan ke atas, mempunyai kadar kematian yang lebih rendah berbanding mereka yang hanya mempunyai satu dos penggalak. Dalam pada itu, mereka yang mempunyai satu dos penggalak mempunyai risiko kematian akibat Covid-19 yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak menerima dos penggalak atau langsung tidak mendapat vaksinasi Covid-19.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...