Home AM JAKM Kelantan bawa tema “KELUARGA MALAYSIA, KELUARGA DIGITAL
AMKHASz10

JAKM Kelantan bawa tema “KELUARGA MALAYSIA, KELUARGA DIGITAL

8 Julai 2022 – Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri  Annuar Musa mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan, Dato Bentara Kanan Ustaz Hj Ahmad bin Yakob kerana sudi menerima kunjungan hormat beliau dan pegawai-pegawai petang semalam di kediaman rasmi Menteri Besar.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, mereka berbincang mengenai acara Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM), yang akan di adakan secara besaran-besaran di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dari 22hb hingga 24hb Julai ini.

“JAKM Kelantan akan dirasmikan oleh YAB PM pada hari sabtu 23hb Julai jam 10 pagi.

JAKM Kelantan membawa tema “KELUARGA MALAYSIA, KELUARGA DIGITAL”

Selain pameran dan aktiviti semua kementerian, JAKM juga akan melibatkan usahawan-usahawan Kelantan.” kata Annuar.

Tambah beliau, satu JUALAN MURAH besar-besaran juga di adakan. Katanya, setiap pengunjung yang mendaftar melalui QR CODE akan menerima hadiah hadiah dan cenderahati.

“Selebriti dan seniman dari pelbagai Industri kreatif negara akan turut membuat penampilan.

TUNGGU PEMAKLUMAN DAN HEBAHAN SETERUSNYA.” ujar Annuar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...