Jenayah

Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bagi Tempoh Januari – Jun 2022

203

4 Julai 2022 – Setiausaha Polis,  DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin dalam Siaran Media hari ini melaporkan tentang kejayaan tangkapan dan rampasan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 69,648 kes dengan 81,706 orang berjaya ditangkap atas pelbagai  kesalahan di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagihan Dadah ( Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Sebanyak 10,464.20 kilogram pelbagai jenis dadah, 2,394.91 liter pelbagai jenis cecair dadah, 69,132.69 kilogram daun ketum dan 44,809.30 liter air ketum telah dirampas. Jumlah rampasan ini bernilai RM262,355,571.95.  Di samping itu juga, pihak polis berjaya membokar enam  makmal haram memproses dadah dengan tangkapan seramai 18 orang,” ujarnya.

Menurut Dato’ Noorsiah lagi, tindakan di bawah Akta Dadah Merbahaya (Perlucutan Harta) 1988 pelbagai aset sendiket yang bernilai RM79,251 juta telah  disita. Daripada jumlah tersebut, aset bernilai RM9,063 juta telah berjaya dilucut hak. Manakala seramai 997 orang telah ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus berusaha membenteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah. PDRM berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka melalui hotline JSJN ditalian 012-20872222,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

Hina Agama Islam : Seorang lelaki warga tempatan ditangkap

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 – Seorang lelaki warga tempatan telah ditangkap...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN tumpaskan sindiket seleweng diesel di Dengkil, Selangor.

SEPANG, 11 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...