Home MY LNA Ekonomi @ My LNA Operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif akan dilaksanakan
Ekonomi @ My LNA

Operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif akan dilaksanakan

4 Julai 2022 – Sebanyak lima kertas telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) oleh tiga Kementerian iaitu dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuniti serta DOSM.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob itu telah membuat keputusan akan melaksanakan operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif, meliputi 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak paket yang beroperasi di seluruh negara.

“Operasi ini bertujuan mendapatkan status sebenar mengenai jumlah minyak masak paket yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran dan pembungkusan serta maklumat lengkap penerima minyak masak bersubsidi itu.

Kerajaan telah mengerahkan pihak penguatkuasa yang terdiri daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menggempur dari peringkat kilang pembungkusan sehingga ke sempadan negara untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Langkah ini demi memastikan peruntukan subsidi minyak masak sebanyak RM4 bilion yang disalurkan pada tahun ini untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia tidak tiris dalam setiap peringkat rantaian serta sampai kepada pengguna.” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tindakan tegas termasuk membatalkan kuota dan lesen yang telah diberikan kepada pengilang dan pembungkus akan diambil dalam usaha menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi.

“Perangkaan semasa menunjukkan edaran minyak masak paket bersubsidi di dalam negara berjumlah 60,000 metrik tan sebulan adalah melebihi daripada penggunaan isi rumah dalam negara.

Mesyuarat juga bersetuju sekuriti makanan dijadikan keutamaan dalam konteks Keselamatan Dalam Negeri bagi mengatasi masalah ini yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup Keluarga Malaysia.

Dalam masa sama, Kerajaan akan memperhebat Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) pada sepanjang masa dengan jualan barangan keperluan asas pada harga yang lebih murah.” katanya.

Kerajaan akan turut memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di restoran- restoran koperasi dan kafeteria serta premis jualan makanan di institusi-institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mendapatkan hidangan pagi, tengah hari dan malam pada harga yang berpatutan.

“Kerajaan sentiasa mendengar keluhan Keluarga Malaysia dan berusaha untuk memastikan cabaran kos sara hidup dapat dihadapi dengan sebaik mungkin.” ujar Ismail Sabri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

Ekonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAMY LNAPelanconganUTAMA

Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser

PAHANG 21 September 2023 – Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang dengan...

Ekonomi @ My LNAIsu SemasaMY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Armizan turun padang tinjau harga beras dan barangan keperluan

GOMBAK 19 September 2023 – Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

Ekonomi @ My LNAMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Manfaatkan RCEPP dan transaksi bilateral LCT untuk kukuhkan ringgit

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Ringgit didapati menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat...

Ekonomi @ My LNAMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Literasi kewangan pelajar penentu keberhasilan Belanjawan MADANI

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Pada Februari lalu, Perdana Menteri (PMX) yang...