AM

‘KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA’ TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2022

324

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2022 – Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Tr Annuar Haji Musa hari ini memperkenalkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 dalam majlis pelancaran di Angkasapuri.

Pemilihan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ adalah selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

‘Keluarga Malaysia’ merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran manakala frasa ‘Teguh Bersama’ mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Pemilihan logo tahun in pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi sera pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan khususnya dalam usaha menjayakan MyDIGITAL dan seterusnya melengkapkan pelaksanaan program di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang memanfaatkan seluruh Keluarga Malaysia.

Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, tiga aktiviti utama akan diadakan iaitu Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.

Di samping itu, pelbagai program dan pertandingan berunsur kenegaraan telah disusun agar terus memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan Keluarga Malaysia antaranya Pertandingan ILHAM Merdeka Tik Tok Challenge, Pertandingan KLIK@Merdeka, Pertandingan Bintang Smule, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna & Melukis MYDOODLE@Merdeka, Program Pengisahan Kenegaraan, Sayembara Sajak Merdeka dan banyak lagi yang akan bermula pada 30 Julai 2022 hingga 16 September 2022.

Selain itu, antara program yang paling menarik bagi menyemarakkan semangat patriotisme ialah program Kembara Keluarga Malaysia 2022 (KKM2022) yang berkonsepkan serah baton bermula pada 30 Julai 2022 di Putrajaya, laitu semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 dengan membawa Baton Jalur Gemilang ke seluruh negara dan diserahkan di setiap sempadan negeri.

Acara pelepasan Kembara Keluarga Malaysia 2022 akan dilakukan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan kembara ini akan berakhir pada 31 Ogos 2022 (Sambutan Hari Kebangsaan 2022) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Simbolik KKM2022 adalah berbentuk perarakan Baton Jalur Gemilang yang dibawa dan diserahkan di setiap lokasi utama (checkpoint) negeri-negeri seluruh Malaysia. Konvoi ini akan menjelajah ke seluruh negara melalui perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Penganjuran program pada tahun in melibatkan penyertaan kenderaan daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kelab permotoran dari pelbagai latar belakang. Kembara in akan turut menonjolkan keunikan di setiap hentian bagi mengetengahkan keunikan Keluarga Malaysia di setiap lokasi daripada segi budaya, makanan, tarikan setempat selain gaya hidup komuniti tersebut.

Manakala, seluruh Keluarga Malaysia sama ada yang berada di dalam mahupun luar negara turut digalakkan untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran aktiviti atau menyertai program yang
diadakan bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) selaku Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 juga amat mengalu-alukan kerjasama dengan sektor swasta dan NGO dalam menyemarakkan sambutan pada tahun ini.

Turut hadir ke pelancaran ialah Ketua Setiausaha K-KOMM, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2022 boleh didapati di laman web www.merdeka360.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...