COVID-19 Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu terus meningkat

1 July 2022 – Jumlah kes baharu COVID-19  setakat 30 Jun 2022, 11:59 pm terus menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 2,863 kes tempatan. Manakala kes import sebanyak 4 kes.

Manakala jumlah kes sembuh setakat 30 Jun 2022, 11:59 pm juga meningkat sebanyak 2,145 kes.

Dalam pada itu setakat 30 Jun 2022, 11:59 pm seramai 16,143,753 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluhan dos vaksin dan juga dos penggalak.

Bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun, sebanyak 3,095,887 dos secara keseluruhan telah diberikan.