Seni & Budaya @ My LNA

Seramai 12 individu dilantik anggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN)

341

1 Julai 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan bahawa seramai 12 individu telah dilantik menggangotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN). Mereka adalah daripada kalangan mereka yang dihormati, berpengalaman luas dan banyak menyumbang kepada seni, budaya dan warisan untuk tempoh dua (2) tahun.

“MAKEN merupakan badan bebas yang berperanan untuk memberi khidmat nasihat, pandangan dan cadangan kepada MOTAC dan kerajaan berhubung pembangunan, kemajuan serta pemerkasaan dasar berkaitan hal ehwal seni, budaya dan warisan.

MAKEN bakal menggantikan Majlis Penasihat Kebangsaan Berkenaan Kebudayaan (MPKBK) yang ditubuhkan pada tahun 1976 yang berfungsi hingga tahun 2003.

Majlis ini diwujudkan sebagai platform tertinggi yang melibatkan wakil penggiat seni, budaya dan warisan daripada pelbagai bidang bagi membincangkan isu-isu berkaitan kebudayaan dan kesenian.” kata MOTAC dalam satu kenyataan media hari ini.

Antara fungsi-fungsi MAKEN adalah :

  • memberi khidmat nasihat secara perundingan dan perbincangan bersama MOTAC berkenaan kebudayaan termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa;
  • mengemukakan pandangan dalam urusan penambahbaikan berhubung pelaksanaan program kebudayaan yang selari dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN); dan
  • memberi cadangan dan syor berkenaan idea baharu berhubung hala tuju kebudayaan.

Tambah MOTAC, MAKEN diharap dapat membantu Kerajaan dalam menambah baik aspek pengurusan, tadbir urus dan penetapan kandungan kebudayaan yang juga melibatkan industri kreatif negara.

Majlis sesi penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Menteri MOTAC, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di Novotel Kuala Lumpur City Centre, hari ini. Kata Nancy, beliau berharap ahli-ahli MAKEN yang dilantik ini dapat bersama MOTAC memacu usaha ke arah merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Maju Rakyat Berbudaya” serta dapat melestarikan agenda pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan seni, budaya dan warisan negara.

SENARAI AHLI MAJLIS KEBUDAYAAN NEGARA (MAKEN)

  1. YBhg. Dato’ Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa (Pengerusi)
  2. YAM Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz (Timbalan Pengerusi)
  3. YM Dato’ Tengku Khalidah Tengku Bidin
  4. YBrs. Dr. Lim Swee Tin
  5. YBrs. Dr. Paul Porodong
  6. YBrs. Dr. Regina Garai Abdullah
  7. Puan Suhana Sarkawi
  8. Encik Mohd Kamrulbahri bin Hussin
  9. YBhg. Dato’ Goh Hin San
  10. Puan Low Ngai Yuen
  11. Encik Abishegam Thiyaga Dass
  12. Encik Ronie Bahari

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Program IFTAR MADANI @BATU SAPI 2024 pupuk nilai murni dan jati diri generasi muda

SANDAKAN, 30 Mac 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Pengunjung Iftar@KL berpeluang makan berjemaah di dalam dulang

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Sentuhan vintaj mewarnai perayaan Tahun Baru Cina Suria KLCC

KUALA LUMPUR – Terkenal sebagai Destinasi Beli-Belah Ikonik di Malaysia, Suria KLCC...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

“NIYAT”: Seni dan Sukan

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara menganjurkan Pameran Hanya Satu: ‘NIYAT’, bermula...