Alam Sekitar @ MY LNAAM

KeTSA bangunkan EWS

109

26 JUN 2022 – Projek Perintis Pembangunan Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran (Early Warning System – EWS) merupakan langkah proaktif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berikutan tragedi bencana geologi aliran puing pada 18 Ogos 2021 yang lalu.

Menurut Menterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, ia telah dibangunkan melalui Kerjasama Pintar antara JMG dan UTM serta akan diintegerasikan dengan Sistem Amaran Awam (public warning system) oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebagai usaha memartabatkan Keluarga Malaysia yang prihatin, hari ini saya sendiri turun padang bagi melihat kesiapsiagaan Program Kesedaran Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran Puing Bersama Komuniti Jerai Geopark di Titi Hayun, Kedah. Ia dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

KeTSA telah mengenalpasti dan menghargai peranan wira-wira tidak didendang ketika tragedi pada 18 Ogos 2021 lalu dan hari ini telah melantik 35 orang Jaguh Tempatan (Local Champion) yang telah menyumbang pengetahuan setempat bagi melahirkan masyarakat yang berdaya tahan terhadap ancaman bencana. Mereka yang terpilih terdiri daripada kaum wanita, belia, pemimpin masyarakat.

Prihatin dalam isu bencana alam seiring dengan perubahan iklim terutama membabitkan bencana geologi aliran puing dan tanah runtuh, KeTSA dan JMG akan terus menjalankan kajian dan program berimpak tinggi di lokasi berisiko yang telah dikenalpasti termasuk melaksanakan program pemerkasaan daya tahan komuniti dalam usaha mengurangkan risiko bencana geologi.” kata Takiyuddin.

Tambah beliau, Projek Perintis ini boleh dijadikan penanda aras dan model nasional dalam pengurangan risiko bencana geologi aliran puing (MODEL-DRR-YAN) serta amalan terbaik dalam pembangunan sistem amaran awal bencana geologi melalui penglibatan orang tempatan berpandukan kepada teknologi sains terkini.

“Projek Perintis ini juga bakal dijadikan pusat pembelajaran komprehensif bagi bencana geologi aliran puing dan kajian pembangunan komuniti Jerai yang lebih berdaya tahan ke arah menyokong konsep Build-Back-Better, seperti mana saranan pihak United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR).

Ia bukti komitmen Kerajaan Malaysia terhadap agenda global dalam pengurangan risiko bencana melalui UNDRR Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 dan menjadi aspirasi nasional dalam konteks Keluarga Malaysia bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan dan mengukuhkan daya tahan setempat.” ujar Takiyuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...