Politik @ My LNA

Annuar memang tidak tahu mengira Matematik? – Lim Guan Eng

123

26 JUN 2022 – Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng membidas Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dengan berkata bahawa Annuar sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan tidak menyebarkan berita palsu bahawa kerajaan tidak memansuhkan subsidi untuk ayam, telur dan minyak masak berbotol sebaliknya meningkatkan nilainya untuk membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat kenaikan harga sekarang.

Jelas Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini, Annuar berkata demikian sehari selepas pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri mengenai bantuan tambahan RM100 dan RM50 kepada isi rumah B40 dan individu yang belum berkahwin berjumlah RM630 juta bagi membantu mereka yang terkesan akibat pemansuhan subsidi ayam, telur dan minyak masak (kecuali peket 1kg).

“Dakwaan Annuar bahawa kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan nilai subsidi dan mengkaji semula subsidi sebelum ini supaya pelaksanaannya akan lebih berkesan tidak mempunyai merit dan tidak disokong oleh fakta dan angka.

Malah pemimpin pro-kerajaan telah mengakui bahawa pemansuhan subsidi untuk ayam, telur dan minyak masak (kecuali peket 1kg) akan menjimatkan kerajaan RM960 juta.” kata bekas Menteri Kewangan itu.

Kata Guan Eng, kerajaan berjaya berjimat RM330 juta dengan mengorbankan golongan miskin yang menderita akibat kenaikan harga melalui penjimatan RM960 juta tetapi hanya memberikan bantuan tambahan RM630 juta

“Bagaimanakah Annuar boleh mendakwa bahawa kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan nilai subsidi apabila subsidi minyak masak (kecuali peket 1kg), telur dan ayam berjumlah RM960 juta digantikan dengan hanya RM630 juta sebagai bantuan tambahan?

Sama ada Annuar memang tidak tahu mengira Matematik atau adakah sengaja membuat berita palsu?” soal Guan Eng.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...