AMJenayah

PDRM serbu 55 pusat hiburan di Kuala Lumpur

118

26 Jun 2022 – Bagi memerangi aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di seluruh negara, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat sebanyak 55 serbuan pusat hiburan telah dijalankan di Kuala Lumpur bagi tempoh Januari hingga Jun 2022. Manakala 194 serbuan yang sama telah dijalankan di seluruh negara bagi tempoh sama.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Setiausaha Polis Malaysia, Dato’ Noorsiah binti Mohd Saaduddin berkata dalam serbuan pusat hiburan di Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM telah berjaya merampas sebanyak 5,135.57 gram pelbagai jenis dadah dan 450 liter pelbagai jenis cecair dadah.

Katanya sebanyak 124 kes dengan seramai 160 orang berjaya ditangkap di bawah pelbagai seksyen kesalahan yang termaktub di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala bagi serbuan pusat hiburan seluruh negara, sebanyak 9,208.81 gram pelbagai jenis dadah dan 450 liter pelbagai jenis cecair dadah telah dirampas. Sebanyak 449 kes dengan 504 orang berjaya ditangkap di bawah pelbagai seksyen kesalahan yang termaktub di bawah akta yang sama.

Bagi mencegah aktiviti maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah menjalankan OP Noda di lokasi-lokasi yang disasarkan seperti rumah urut, hotel serta pusat hiburan.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 995 serbuan telah dijalankan untuk tempoh Januari hingga April 2022 dengan tangkapan seramai 2948 orang yang terlibat dalam aktiviti pelacuran dan pusat hiburan di seluruh negara.

Di kontinjen Kuala Lumpur sahaja, sebanyak 420 serbuan telah dijalankan dengan tangkapan seramai 1115 orang bagi tempoh berkenaan. Selain itu, 55 serbuan juga telah dibuat melalui OP Bersepadu bersama lain-lain jabatan PDRM dengan tangkapan seramai 177 orang dalam tempoh sama, melibatkan serbuan ke atas premis-premis hiburan di seluruh negara. ” kata beliau.

Tambah CP Dato’ Noorsiah, dalam membanteras aktiviti haram ini, PDRM sentiasa menjalankan risikan dan pemantauan ke atas laman sosial atau aplikasi yang dikesan mengiklankan aktiviti persundalan.

Katanya, PDRM turut mendapat kerjasama pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC) untuk memantau laman sesawang internet bagi menyekat aktiviti sedemikian.

“PDRM terbuka untuk menerima sebarang maklumat aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah serta mengalu-alukan kerjasama dari mana-mana pihak untuk menyalurkan maklumat melalui hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di talian 012-2087222. manakala bagi maklumat berkaitan aktiviti maksiat boleh disalurkan melalui e-mel bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah di alamat jsjd7_maksiat@rmp.gov.my” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...