Home AM KPDNHEP lancar Logo Barang Subsidi dan Barangan Kawalan
AMKHASPenggunaz10

KPDNHEP lancar Logo Barang Subsidi dan Barangan Kawalan

PUTRAJAYA, 19 Mei 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi melancarkan Logo Barang Subsidi dan Barangan Kawalan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Penggunaan Logo Barang Subsidi bertujuan supaya pengguna lebih maklum akan subsidi yang disediakan oleh Kerajaan untuk meringankan kos sara hidup golongan sasar. Manakala penggunaan Logo Barang Kawalan pula bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pengguna akan hak-hak pengguna khususnya hak ke atas barang kawalan yang dilindungi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].

Ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung ketirisan dan penyalahgunaan barang-barang subsidi dan kawalan. Komoditi yang terlibat dalam projek rintis ini adalah Gula, Minyak Masak dan Tepung Gandum.

Pada hari ini juga diadakan jualan barangan keperluan asas (MyGrocer) di perkarangan Pejabat KPDNHEP Putrajaya. Program Outreach Sara Hidup melalui kerjasama strategik antara Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bersama Kementerian Wilayah Persekutuan (MyGrocer) ini adalah merupakan satu inisiatif di bawah agenda kos sara hidup melalui penjualan barangan dapur harian pengguna tanpa penglibatan orang tengah dalam rantaian pembekalan.” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, harga barangan yang dijual kepada pengguna adalah lebih rendah sebanyak 5% hingga 20% daripada harga pasaran.

Mengulas lanjut, beliau berkata sehingga kini, sebanyak 56 Program Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam (PPR/ PA) di Lembah Klang telah mendapat manfaat inisiatif di bawah MyGrocer tersebut.

Sumber foto : Facebook Rasmi Menteri KPDNHEP

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...