Home Ekonomi AP import komoditi agromakanan tertentu dimansuhkan serta merta
Ekonomi

AP import komoditi agromakanan tertentu dimansuhkan serta merta

19 Mei 2022 – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan bahawa Approved Permit (AP) yang merujuk kepada kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport bagi komoditi agromakanan tertentu iaitu kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair, tidak lagi dikenakan dan berkuatkuasa serta merta. Ia adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri pada 18 Mei 2022.

“Walau bagaimanapun, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuatkuasa. Keputusan pemansuhan AP ini adalah sebagaimana diputuskan oleh Jemaah Menteri.

Walaupun AP tidak lagi diperlukan untuk membawa masuk komoditi agromakanan daripada luar negara, pengimport masih perlu mempunyai Import Permit (IP) bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara. Ini untuk memastikan kawalan biosekuriti dan produk yang diimport adalah bebas daripada penyakit dan perosak serta diperoleh daripada loji yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Dengan pemansuhan AP ini, semua syarikat adalah dibenarkan mengimport semua komoditi agromakanan tertakluk kepada Import Permit (IP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) beserta syaratsyarat yang tertulis dalam permit selaras dengan Subseksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan juga Akta serta Peraturan lain yang berkuatkuasa.” kata MAFI dalam satu kenyataan hari ini.

MAFI akan terus memainkan peranan penting bagi memastikan kelangsungan sektor agromakanan di setiap peringkat rantaian makanan dan supaya rakyat terus mendapat bekalan makanan yang mencukupi, selamat dimakan serta berkhasiat.

“Pada masa yang sama, kebajikan pengeluar makanan tempatan juga akan terus dipelihara. MAFI berharap dengan keputusan Kerajaan ini, bekalan makanan dan sekuriti makanan negara akan terus kekal terjamin bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

EkonomiHighlightsMY LNAPendapat

Perbelanjaan pengguna merosot pada separuh kedua 2023?

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor Walaupun Bank Negara Malaysia...

EkonomiMY LNAPendapat

Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar,...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...