Jenayah

JKDNKA berjaya selesaikan 4 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM9,296,086.00.

263

23 April 2022 – Pada 20 hingga 22 April 2022, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) yang menjadi tunjang kepada perisikan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) melancarkan tiga (3) operasi di bawah OP KONTRABAN, OP LETUP dan OP BERSEPADU KHAZANAH (OBK) yang berjaya menyelesaikan empat (4) kes dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM9,296,086.00.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah JKDNKA Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Hazani bin Ghazali berkata dalam serbuan pertama pada 20 April 2022 di bawah OP BERSEPADU KHAZANAH (OBK), pasukan serbuan telah berjaya menahan dua (2) lelaki warga tempatan di sebuah premis kediaman yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur serta berjaya merampas dua (2) ekor burung spesies murai batu yang dianggarkan bernilai RM160,000.00.

“Dalam operasi tersebut juga pasukan serbuan berjaya mengesan sebuah stor yang menyimpan sejumlah 186 kotak pelbagai jenis bunga api dan dianggarkan bernilai RM650,000.00. Keseluruhan nilai rampasan bagi operasi ini adalah RM810,000.00. Kes disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.” kata CP Dato’ Sri Hazani.

Di bawah OP KONTRABAN, CPSK telah melancarkan serbuan kedua pada 21 April 2022 di sebuah premis perindustrian di Teluk Intan, Perak yang dikesan menjalankan kegiatan penyeludupan dan pengedaran rokok.

“Dalam operasi tersebut, pasukan serbuan telah menahan dua (2) lelaki warga tempatan dan merampas sejumlah 13,133 karton rokok putih, 3,300 karton rokok kretek dipercayai diseludup masuk yang dianggarkan bernilai RM6,764,417.00, sejumlah wang tunai RM103,000.00 dan beberapa keeping cek serta tiga (3) buah kenderaan. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM6,976,130.00. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.” kata CP Dato’ Sri Hazani.

Seterusnya, dalam serbuan ketiga pada 22 April 2022 di bawah OP KONTRABAN, satu (1) sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok di Tambun, Perak telah berjaya ditumpaskan. Menurut CP Dato’ Sri Hazani, pasukan serbuan telah berjaya merampas sejumlah 3,349 karton rokok putih seludup pelbagai jenama, 253 karton rokok kretek seludup pelbagai jenama. Katanya, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1.4 juta. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

“Berdasarkan statistik keberhasilan bermula Januari sehingga 22 April 2022, CPSK, Pasukan Gerakan khas (PGK), JKDNKA telah berjaya melaksanakan sebanyak 42 serbuan dan menahan seramai 60 orang. Manakala nilai rampasan keseluruhan adalah rm50,345,509.66. CPSK yang hanya wujud di ibu pejabat JKDNKA Bukit Aman merupakan antara penyumbang utama keberhasilan di bawah OP KONTRABAN, OPERASI BERSEPADU KHAZANAH (OBK) dan operasi-operasi lain.

Masyarakat diseru agar sentiasa cakna dan peka dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang selain bertindak sebagai mata dan telinga kepada agensi penguatkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan yang berlakudi sekeliling mereka. Jadilah sebahagian dari masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin.” kata CP Dato’ Sri Hazani.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

Hina Agama Islam : Seorang lelaki warga tempatan ditangkap

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 – Seorang lelaki warga tempatan telah ditangkap...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN tumpaskan sindiket seleweng diesel di Dengkil, Selangor.

SEPANG, 11 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...