AM

Aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Port Dickson tumpas

147

PUTRAJAYA 21 April 2022 – Aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang berlaku di stesen minyak di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan berjaya ditumpaskan dalam serbuan ke atasnya pada 17 April 2022 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Dalam kenyataan hari ini, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa daripada KPDNHEP Putrajaya adalah hasil risikan yang telah dilakukan sejak beberapa minggu yang lalu.

“Ketika serbuan dilakukan ke atas stesen minyak tersebut, terdapat sebuah lori tangki sedang mengisi minyak dan telah membuat pengisian minyak diesel dianggarkan berjumlah RM 500.00.

Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat sebuah pam yang menghubungkan tangki asal kenderaan itu terus ke dalam tiga (3) buah compartment di dalam lori tangki tersebut. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat minyak diesel yang dianggarkan berjumlah 3,232 liter di dalam compartment pada lori berkenaan.

Minyak diesel, lori tangki, satu set dekoder CCTV dan invois/resit jualan serta belian berserta dokumen-dokumen perniagaan yang lain daripada stesen minyak berkenaan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 32, 450.00″ kata KPDNHEP.

Dalam sebuan itu, seorang individu lelaki warga tempatan berumur 24 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut KPDNHEP, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut terhadap kes ini akan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti rantaian pengedaran minyak diesel tersebut bermula daripada stesen minyak berkenaan sehinggalah ke peringkat pembeli.

Kementerian turut memberikan amaran keras ke atas mana-mana pengusaha stesen minyak terutamanya melibatkan 24 stesen minyak di kawasan Daerah Port Dickson agar mematuhi perundangan.

“Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 (Akta 122) dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM 3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta)
manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM 5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).

Kementerian juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen mana-mana stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan dan keputusan kes dimuktamadkan.” tegasnya.

Tambah KPDNHEP, syarikat itu juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

“Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana yang lebih tinggi.

Masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya minyak diesel ini bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada rakyat dan Negara.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...