AM

PM ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa

113

21 April 2021 – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, bekas Ketua Setiausaha Negara ke-13, yang kembali ke rahmatullah pagi hari ini.

Dalam satu posting di Facebook rasminya, beliau berkata Allahyarham merupakan Ketua Setiausaha Negara dari 2012 hingga 2018 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan.

“Allahyarham menabur jasa dan bakti sepanjang perkhidmatannya dan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama para solihin.” katanya.

Pemergian Ali di Hospital Dublin, Ireland pada Khamis disahkan isterinya Puan Sri Rohani Abdullah melalui satu kenyataan yang turut memaklumkan urusan pengebumian akan dilakukan di Putrajaya.

Allahyarham memulakan karier dalam perkhidmatan awam negara sejak 1981 di Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Ali sebelum ini pernah berkhidmat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan, Unit Perancang Ekonomi dan Institut Tadbiran Awam Negara.

Allahyarham juga pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Program Perumahan 1Malaysia, ahli Jawatankuasa Pakar Pentadbiran Awam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UN CEPA) dan pengerusi Institut Integriti Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...