Kredit Foto : TRTWorld
17 April 2022 – Tindakan provokasi Rasmus Paludan, pemimpin Stram Kurs yang membakar senaskah al-Quran Karim di Linkoping, Sweden dikecam sekeras-kerasnya oleh Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar Negeri (KLN) menegaskan tindakan sedemikian telah melangkaui batas dan norma hak kebebasan bersuara.
“Sebaliknya tindakan tersebut merupakan suatu usaha provokasi, menghasut kebencian yang mesti ditolak oleh semua pihak yang inginkan keamanan dan hidup bersama dalam budaya damai.
Malaysia juga menekankan kepentingan untuk menghapuskan semua bentuk keganasan dan kebencian, termasuklah Islamofobia.” kata KLN.
Tambah KLN, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan komuniti antarabangsa bagi mencegah dan menghapuskan sentimen islamofobia dan pelampau agama.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang