Politik @ My LNA

Cadangan Ismail Sabri diangkat sebagai Pengerusi BN, hanya pandangan dan idea – Annuar Musa

121

JOHOR BAHRU 16 April 2022 – Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa cadangan beliau agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang baharu hanyalah sebagai pandangan dan lontaran idea beliau.

Menurut laporan BERNAMA, Annuar berkata bahawa cadangan itu dilontarkan susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Pada saya tidak perlu berpolemik yang panjang…itu hanya satu pandangan dan yang penting kita menyambut baik apa yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi … sebagai satu langkah ke hadapan yang proaktif dan baik yang membolehkan Perdana Menteri itu sendiri memantapkan lagi kedudukan parti itu sendiri dan kerajaan.

Itu (cadangan) hanya pandangan saya sebagai Ahli Parlimen dan juga ketua bahagian…sama ada ia (pandangan) dilaksanakan atau tidak boleh ia berbalik kepada keputusan Majlis Tertinggi…yang penting apabila parti telah buat keputusan, kita ahli ahli hendaklah yang penting kita ahli ahli hendaklah patuh kepada parti.” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama komuniti Keluarga Malaysia di sebuah hotel di sini semalam.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...