AMKesihatan @ My LNA

Isu kebersihan makanan di Bazar Ramadan : KKM ambil tindakan

111

16 April 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan siasatan terhadap aduan yang tular di media sosial mengenai pencemaran makanan di Bazar Ramadan dengan kehadiran ulat dalam mee tonggek dan gumpalan rambut yang dijumpai di dalam kuih limas baru-baru ini. Justeru, KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap gerai yang menjual mee tonggek dengan mengarahkan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana didapati tidak bersih.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar semalam, siasatan oleh pihak KKM juga mendapati peniaga tersebut mempunyai sebuah premis makanan yang beroperasi di Cyberjaya di mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dipasarkan di bazar tersebut. Katanya, KKM akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengendalian keselamatan makanan di premis tersebut.

Mengulas mengenai aduan pencemaran kuih limas, beliau berkata KKM telah membuka kertas siasatan ke atas pengeluar kuih limas terlibat bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983.

Tambah Dr. Noor Hisham Abdullah, sehingga kini, melalui Operasi Ramadan 2022 yang telah dijalankan di seluruh negara, sebanyak 4,362 premis Bazar Ramadan telah diperiksa.

Katanya sebanyak 77 notis kompaun dengan nilai RM38,500.00 telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Di samping itu, sebanyak 178 sampel makanan juga telah diambil untuk dianalisis.

“Peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar membeli makanan di premis makanan yang bersih. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...