Home AM 10 parti politik Melayu diseru bersatu pulihkan kembali sistem masyarakat di negara ini – Dr. Rais Yatim
AMKHASz10

10 parti politik Melayu diseru bersatu pulihkan kembali sistem masyarakat di negara ini – Dr. Rais Yatim

JELEBU 13 April 2022 – Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim mendedahkan bahawa dalam tempoh sembilan bulan antara tahun lepas dengan tahun ini, sebanyak 66,481 kes perceraian berlaku di negara ini. Manakala negeri yang mencatatkan rekod tertinggi ialah Kelantan dan Selangor.

“Jika dibandingkan dengan kes perceraian dalam kalangan pasangan bukan Islam ialah 10,614 kes.” katanya ketika berucap semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat di Kampung Kuala Dulang.

Tambah beliau, isu keruntuhan dalam institusi kekeluargaan itu amat membimbangkan dan menunjukkan nilai budi dan sistem kekeluargaan sudah pada tahap yang membimbangkan.

“Apa sudah jadi kepada nilai kita, apa sudah jadi sistem kekeluargaan kita, apa sudah jadi kepada bimbingan adat, agama dan naluri masyarakat kita” ujar Dr. Rais Yatim

Pengasas dan Pengerusi Yayasan Budi itu turut mempersoalkan tentang jumlah penagih dadah yang semakin bertambah dalam kalangan masyarakat Melayu. Menurut beliau, 78 peratus daripada jumlah keseluruhan penagih dadah adalah dalam kalangan orang Melayu. Begitu juga dengan budaya “mat rempit” dalam kalangan masyarakat tersebut semakin berleluasa ketika ini. Justeru isu kebejatan sosial ini harus sama-sama difikirkan dan perlu tindakan segera terutama dalam kalangan pemimpin masyarakat dan pemimpin politik.

“Peningkatan kes-kes ini jelas menunjukkan agar kita jangan bergaduh lagi. Bersatulah kita dalam muafakat untuk memperbaiki masyarakat”, katanya.

Dr. Rais Yatim turut menyeru kepada 10 parti politik yang berteraskan Melayu agar bersatu dan menumpukan usaha untuk memulihkan kembali sistem masyarakat di negara ini disulami dengan panduan agama dan adat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

‘AQUAMAN’ MARITIM MALAYSIA PENYELAMAT SAR

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Mungkin ada yang mengenali watak Aquaman lakonan...

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

DEMONSTRASI DAN PAMERAN MARITIM MALAYSIA MERIAHKANHARI TERAKHIR LIMA’23

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Sebanyak 39 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

AMEkonomiHighlightsMY LNAniagaPertanian

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan...

AMHari MalaysiaHighlightsMerdekaMY LNA

Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Tonton secara langsung Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia...