Pelancongan @ My LNA

Iftar @ KL akan dianjurkan semula setelah tertangguh selama dua tahun

78

14 April 2022 – Iftar@KL bakal diadakan pada 16, 17, dan 23 April 2022 bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), program tersebut bakal dianjurkan semula melalui agensinya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) setelah dua (2) tahun pelaksanaannya ditangguhkan disebabkan pandemik COVID-19.

“Iftar @ KL akan dilaksanakan pada 16, 17 dan 23 April 2022 bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Program ini bakal dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 17 April 2022.

Pelaksanaan program pada tahun ini merupakan penganjuran kali kesepuluh (10) oleh JKKN yang telah bermula sejak tahun 2012. Uniknya Iftar @ KL ini adalah berkonsepkan berbuka puasa secara duduk bersila beralaskan tikar dan dihadiri oleh pengunjung termasuk pelancong asing.” kata MOTAC dalam satu kenyataan media semalam.

Tambah MOTAC, Iftar @ KL yang dianjurkan oleh JKKN itu merupakan anjuran bersama rakan strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Seni Budaya Putra serta disokong oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, antara rakan penganjur dalam pelaksanaan Iftar @ KL pada tahun ini ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Kuala Lumpur Food Truck Entrepreneurs Association dan Masjid Jamek Kampong Bharu. Ia turut mendapat tajaan daripada 100 Plus. Ia diadakan bagi mengimarahkan dan memakmurkan ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui pengisian aktiviti, merapatkan dan mengeratkan silaturrahim serta toleransi antara kaum bagi menyemarakkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong tempatan dan antarabangsa menerusi Program Pelancongan Budaya (Culture Tourism).

Antara pengisian program ini adalah seperti Majlis Berbuka Puasa, Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk, Solat Berjemaah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Bicara Ramadan, Kaunter Sumbangan, Sukarelawan, Kaunter Zakat serta Jualan Makanan Food Truck.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles