AMJenayah

OKT meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, punca kematian belum diketahui

180

19 Februari 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ini mengesahkan bahawa seorang Orang Kena Tahan (OKT) telah meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor pada 18 Februari 2022 jam 4.15 pagi.

OKT tersebut merupakan seorang lelaki Melayu, berumur 43 tahun telah ditangkap oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Johor yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Reman dibenarkan selama empat (4) hari dan OKT telah dituduh di mahkamah pada 25 januari 2022. Jamin telah ditawarkan, namun OKT gagal sediakan penjamin menyebabkan OKT diperintahkan menjalani tahanan reman penjara.

Tarikh sebutan telah ditetapkan pada 1 Februari 2022 dan bicara pada 28 Februari 2022.

Bagaimanapun OKT ditumpangkan sementara dalam lokap polis ekoran penularan wabak COVID-19 di penjara.” jelas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, CP Dato’ Azri bin Ahmad.

Katanya lagi, pada 16 Februari 2022, OKT telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi, Johor untuk menerima rawatan kerana demam dan muntah. Jelasnya,ujian yang dibuat mengesahkan OKT positif COVID-19 dan ditahan di wad COVID-19 untuk rawatan lanjut.

“Pada 18 Februari 2022 jam 4.15 pagi, OKT disahkan meninggal dunia. Punca kematian belum diketahui.

Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan menjalankan siasatan kes kematian ini.” kata CP Dato’ Azri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...