Home Gaya Hidup Fesyen DIAN oleh HATTA DOLMAT
Fesyenz10

DIAN oleh HATTA DOLMAT

DIAN oleh HATTA DOLMAT telah dilancarkan dengan jayanya sebagai koleksi Perkahwinan untuk tahun 2020 yang ekslusif dan mampu milik. Pereka serba boleh ini bukan sekadar berbicara tentang pakaian tradisional, tetapi satu gaya kontemporari yang sesuai digayakan dalam semua acara. Koleksi istimewa ini merupakan peluang untuk Hatta Dolmat meneroka sesuatu yang baharu dan gaya segar untuk menggayakan baju kurung dan baju melayu.

Menyentuh tentang waktu pelancaran tersebut, pereka itu berkongsi,”Ini adalah koleksi perkahwinan tradisional yang pertama untuk saya. Pakaian-pakaian ini sesuai untuk Akad Nikah, Majlis Sambut Menantu, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan ada yang sesuai untuk Hari Raya atau boleh digayakan untuk acara siang dan malam.”

Lebih 20 interpretasi beliau telah dipersembahkan pada The Wedding KL 20222, di Shangri La Kuala Lumpur pada 17hb Februari lalu. Ia menghimpunkan ciptaan pereka ini yang gemar menyuntik jiwa moden ke dalam rekaan klasik dengan mengetengahkan gaya menarik kepada “pesak” tradisional sebagai contoh, dan memperkenalkan warna pastel seperti mint, nude dan merah jambu di samping potongan hebat yang menitip gaya sensual yang paling feminin dan elegan.

“Saya mahu memperkenalkan kepada masyarakat cara pemakaian tradisional yang berbeza dan memberi peluang untuk memiliki rekaan asli Hatta Dolmat pada harga yang mampu milik,” tambah pereka ini lagi. DIAN menurut tafsiran Sanskrit lama membawa maksud ‘cahaya’. Ia menjadi simbolik kepada koleksi yang membawa cahaya pengaruh tradisional dalam dunia kontemporari moden.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

FesyenGaya HidupMY LNA

Lewré Bespoke Mempersembahkan Hasil Kraft Buatan Tangan Koleksi ‘Garden Of Eden’ Di Hadapan Sultanah Kalsom & Dato’ Suriani

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER – Lewré Bespoke mempersembahkan penampilan pertama koleksi kasut...

FesyenGaya HidupMY LNASeni dan Budaya

MOTAC terajui inisiatif angkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO

23 November 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menerajui...

KHASPolitikPRU15z10

MAHDZIR Yakin Dapat Pertahan Kerusi Parlimen Padang Terap

KUALA NERANG, 5 November 2022 – Penyandang kerusi Parlimen Padang Terap, Datuk...