BM @ MY LNAFesyen @ My LNAGaya Hidup @ My LNAUTAMA

Anggun Bersama Inovasi: Empro Perkenal Spacelift Face Booster, Takrif Semula Makna Kecantikan

316

KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2024 – Empro, simbol inovasi dan keanggunan dalam bidang kecantikan, dengan bangganya memperkenalkan ciptaan terbaharu dalam penjagaan kulit dengan pelancaran rasmi SpaceLift Face Booster. Majlis bersejarah yang diadakan di Centre Court Mid Valley Megamall, menjadi penanda aras dalam keterjalinan kecemerlangan, inovasi dan komitmen Empro untuk bersama ke arah kecantikan yang kekal.

SpaceLift Face Booster merupakan satu contoh unggul dalam penghasilan ‘lifting solution’—campuran yang serasi antara kesenian berasaskan tumbuhan dan kecemerlangan saintifik, direka untuk memutarkan masa kembali. SpaceLift memperkenalkan formula matematik yang berlawanan dengan matematik konvensional dengan formula di mana 1 + 1 bersamaan dengan 5: 1 saat penembusan, 1 minit kulit terangkat, dan hasil ketegangan kulit muka boleh dilihat dalam masa 5 minit. Teknologi yang dipatenkan direka untuk penyampaian nutrien dan pemulihan yang tepat, memanjangkan hayat sel dan menterbalikkan proses penuaan kulit. Formula cemerlang ini menyatukan sains dengan kuasa ajaib 12 bahan tumbuhan yang dipilih di Jepun menjadikannya satu serum terunggul. Gabungan ini dapat mengangkat dan menegangkan kulit, menyerap dengan cepat, mencegah penuaan, menghidrasi muka serta memberi manfaat antioksida—resepi serasi untuk mengurangkan kedutan, hiperpigmentasi, dan radang di muka sambil memberikan perlindungan terhadap kerosakan UV dan kebengkakan.

Ritual SpaceLift hanyalah sederhana. Tanpa mengganggu rutin harian, sedikit semburan SpaceLift selepas mencuci muka akan membuka kunci kepada teknologi yang dipatenkan yang menggunakan molekul air yang amat kecil berasaskan atom hidrogen. Rekaan terbaharu ini menawarkan serapan nutrien yang terbaik di samping sifat antioksidanya. Integrasi SpaceLift ke dalam rutin penjagaan kulit harian anda menjadikan impian untuk memiliki kulit yang menawan satu realiti. Untuk mendapatkan hasil yang lebih efektif, gunakan SpaceLift Face Booster dua kali sehari, setiap pagi dan petang.

Majlis pelancaran SpaceLift bukan sahaja satu majlis pengenalan produk semata-mata. Acara itu juga diadakan sebagai satu tanda penghargaan ke atas pemetraian perjanjian dan kolaborasi antara Empro dan rakan-rakan niaganya, disaksikan dif-dif kehormat termasuk Timbalan Pengarah Pemasaran dan Akses Pasaran, MATRADE, Edison Choong Wan Sern, serta wakil daripada MIDA dan tetamu-tetamu terhormat yang lain. Kehadiran beliau sebagai tokoh perdagangan lestari menambahkan lagi seri majlis tersebut, menandakan sokongan terhadap komitmen Empro dalam membina hubungan dagang global serta perdagangan yang mampan.

Choong berkata, “Pendekatan Empro terhadap amalan ESG melangkaui sempadan. SpaceLift dibangunkan dengan mematuhi tata cara pemilihan bahan asli yang beretika, menyokong amalan buruh yang adil dan etika perkilangan yang mesra alam sekitar. Semua amalan ini selari dengan komitmen Malaysia kepada perdagangan yang hijau bagi memastikan masa depan lestari.”

Majlis berprestij ini juga diserikan dengan persembahan hebat oleh penyanyi Aina Abdul. Melodi suaranya melengkapkan keanggunan dan kecanggihan pengalaman SpaceLift Face Booster, menjadikan Centre Court Mid Valley Megamall satu acara keraian kecantikan.

Upacara tandatangan dan pertukaran dokumen antara Empro dan rakan dagang strategiknya menggambarkan komitmen Empro dalam memastikan cecair ajaib ini tersedia di pasaran. Dengan pengedaran global yang berpangkalan di Jepun dan kerjasama strategik bersama Watsons dan Sasa untuk pasaran runcit domestik, Empro memastikan SpaceLift Face Booster mudah didapati di sini dan luar negara.

“Kami bekerjasama dengan rakan global dan sekarang SpaceLift boleh didapati di Singapura, Jepun, Thailand, China, Hong Kong, India, Switzerland, Sweden, Norway, Denmark, Finland, Netherlands dan Belgium. Saya yakin lebih banyak rakan dagang dari negara-negara lain akan turut membantu kita menembusi pasaran mereka,” kata Prof. Dr. Coco Alex Yeoh selaku pengasas Empro dalam ucapannya.

Sertai detik bersejarah ini, bersama Empro mempertingkatkan landskap kecantikan dan mulakan perjalanan ke arah cahaya dewimu. Miliki keunggulan SpaceLift – simfoni keanggunan dan inovasi yang disulam ke dalam ritual kecantikan luar biasa.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...