DIAN oleh HATTA DOLMAT telah dilancarkan dengan jayanya sebagai koleksi Perkahwinan untuk tahun 2020 yang ekslusif dan mampu milik. Pereka serba boleh ini bukan sekadar berbicara tentang pakaian tradisional, tetapi satu gaya kontemporari yang sesuai digayakan dalam semua acara. Koleksi istimewa ini merupakan peluang untuk Hatta Dolmat meneroka sesuatu yang baharu dan gaya segar untuk menggayakan baju kurung dan baju melayu.
Menyentuh tentang waktu pelancaran tersebut, pereka itu berkongsi,”Ini adalah koleksi perkahwinan tradisional yang pertama untuk saya. Pakaian-pakaian ini sesuai untuk Akad Nikah, Majlis Sambut Menantu, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan ada yang sesuai untuk Hari Raya atau boleh digayakan untuk acara siang dan malam.”
Lebih 20 interpretasi beliau telah dipersembahkan pada The Wedding KL 20222, di Shangri La Kuala Lumpur pada 17hb Februari lalu. Ia menghimpunkan ciptaan pereka ini yang gemar menyuntik jiwa moden ke dalam rekaan klasik dengan mengetengahkan gaya menarik kepada “pesak” tradisional sebagai contoh, dan memperkenalkan warna pastel seperti mint, nude dan merah jambu di samping potongan hebat yang menitip gaya sensual yang paling feminin dan elegan.
“Saya mahu memperkenalkan kepada masyarakat cara pemakaian tradisional yang berbeza dan memberi peluang untuk memiliki rekaan asli Hatta Dolmat pada harga yang mampu milik,” tambah pereka ini lagi. DIAN menurut tafsiran Sanskrit lama membawa maksud ‘cahaya’. Ia menjadi simbolik kepada koleksi yang membawa cahaya pengaruh tradisional dalam dunia kontemporari moden.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment