Biz @ My LNABM @ MY LNAFesyen @ My LNAGaya Hidup @ My LNA

Beli Lokal Sambil Bergaya: #ShopeeHaul Sokong Peniaga Fesyen Sopan PKS

151
Tiga gaya #ShopeeHaul GayaLitLit: Sis Ranggi, Everyday Cantik, dan Anggun Bergaya

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2024 – Koleksi ‘almari kapsul’ fesyen sopan #ShopeeHaul GayaLitLit Shopee disusun pilih khas untuk memperkasakan wanita Malaysia untuk mencipta penampilan bergaya dan sopan. Koleksi ini membawakan tiga gaya yang utama yang sesuai untuk semua bentuk badan wanita iaitu ‘Sis Ranggi’, ‘Everyday Cantik’, dan ‘Anggun Bergaya’. Beberapa helaian pakaian serbaguna ini membolehkan wanita memiliki penampilan yakin yang mampu milik, sambil menyokong penjual tempatan.

Direka untuk semua jenis bentuk badan dan tona kulit, koleksi inklusif ini merangkumi beberapa helaian pakaian asas yang boleh digunapakai kepada tiga gaya trendy, disusunpilih oleh penggaya Shopee. Panduan ini menunjukkan cara bagaimana wanita dapat mengekspresikan personaliti mereka dengan anggun dan penuh keyakinan.

“Shopee memperkasakan wanita Malaysia untuk mengekspresikan individualiti mereka dan membina keyakinan melalui fesyen. Koleksi baharu kami #ShopeeHaul GayaLitLit, bukan sekadar menawarkan produk pakaian – tetapi menyediakan nasihat toolkit untuk mix and match pakaian untuk membantu mereka mencipta gaya tersendiri. Koleksi inklusif ini menawarkan kepelbagaian, membolehkan rakyat Malaysia memadankan pakaian untuk mencapai gaya yang diingini. Kami berharap panduan gaya inklusif ini boleh mendorong kreativiti wanita untuk gaya peribadi sambil menyokong perniagaan fesyen tempatan,” kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.

Sis Ranggi: Edgy dan Moden

Gaya ‘Sis Ranggi’ direka untuk wanita yang ingin mahukan elemen feminin dan gaya kontemporari.

Tudung bergaya turban berpola dari Zoe Arissa mencipta kenyataan berani. Untuk keseimbangan, skirt ‘flowy’ dari KM Fashion Center menambah sentuhan elegan dan mengekalkan kesopanan. T-shirt oversize dan kasual dari ZEKE Store dilapiskan dengan jaket untuk mencipta sentuhan santai dan kontemporari. Rantai leher dari M2 Dream pula menambah sentuhan feminin untuk gaya rock and roll ini.

Personalise this look further by layering a statement jacket over the outfit. Have fun with boots or sneakers by pairing fun socks with the same colours or prints as your tudung.

Gaya ini boleh diperibadikan dengan lebih lanjut bersama jaket. Bereksperimen dengan kasut but atau kasut sukan dengan memadankan stokin warna sama atau tudung bercorak.

Everyday Cantik: Chic Konservatif

Gaya ‘Everyday Cantik’ sesuai untuk wanita sibuk yang mahu manis berpakaian, gaya yang rapi namun selesa untuk dipakai sepanjang hari.

Kemeja butang ‘oversized’ dipadankan dengan seluar dari KM Fashion Center menjadi asas gaya ini. Walaupun penggunaan warna monokrom dan neutral menawarkan gaya klasik, sentuhan warna dari tona warna bumi (fikir warna karat atau zaitun) atau pastel lembut (fikir lavender atau merah jambu) boleh menambah sentuhan personaliti.

Tudung bawal dari ZUCCA yang melengkapi skema warna melengkapkan gaya ini menjadi lebih kohesif dan rapi. Miliki gaya ini dengan beg mini dari Stynis Traveller Luggage & Bags dan jadikannya lebih istimewa dengan stokin funky dan kasut sukan yang trendy.

Anggun Bergaya: Kekal Elegan

‘Anggun Bergaya’ membawakan gaya anggun dan sofistikasi yang boleh  untuk gaya siang dan malam.

Dress rajut ‘turtleneck dari Panda Eyes membawakan elemen sofistikasi dan sopan sebagai asas kepada gaya ini. Padankannya dengan selendang sifon dari Tudung Exclusive dan lengkapkannya dengan bandana berwarna atau aksesori berkolar untuk gaya tambahan menyeronokkan.

Pakaian monokrom sesuai untuk menjadi kanvas buat aksesori ranggi. Tali pinggang bersaiz besar boleh menonjolkan pinggang dan mencipta bentuk badan yang diingini. Barang kemas cantik dan menonjol membawakan keceriaan personaliti serta-merta. Memilih kaca mata gelap yang bersesuaian juga boleh melengkapkan pakaian.

Koleksi #ShopeeHaul GayaLitLit adalah hasil inisiatif strategik dengan jenama fesyen Malaysia M2 Dream, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive, dan ZEKE Store. Rekaan dan komitmen mereka terhadap gaya moden dan sopan yang luas memastikan almari kapsul ini memenuhi pelbagai cita rasa dan mencerminkan kehendak pengguna kami,” komen Tan.

Koleksi #ShopeeHaul boleh didapati di Shopee dengan harga dari RM1 – RM40. Koleksi #ShopeeHaul adalah yang pertama kali dijalankan buat fesyen Muslimah di Malaysia, menunjukkan komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran buat PKS dan menambahbaik pilihan produk buat pembeli menggunakan teknologi.

Shopee memudahkan pembelian fesyen untuk rakyat Malaysia dengan Jaminan Tepat Waktu untuk penghantaran tepat waktu (termasuk penghantaran hari berikutnya dan penghantaran segera) dan menyediakan lebih banyak pusat pengambilan sendiri (self collection) Shopee. 15 Hari Pemulangan Percuma membenarkan pelanggan memulangkan barangan termasuk alasan ‘ubah fikiran’ dengan mudah pula membolehkan pengguna membeli-belah dengan yakin dan fokus untuk tampil hebat dengan gaya baru.

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM santuni gelandangan dengan santapan rohani

Sejarah gelandangan di Malaysia telah pun bermula sejak zaman kolonial British dahulu...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada jam...

AMBM @ MY LNAPerpaduan @ My LNAUTAMA

Karnival Perpaduan Miri 2024: Menjulang Penyatuan dan Kepelbagaian Budaya

MIRI, 22 Jun 2024 – Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago...