AMEkonomi @ My LNA

Nisbah jantina rakyat Malaysia 110 lelaki berbanding 100 wanita

280

Shah Alam, 14 Februari 2022 – Bancian yang telah dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Negara Malaysia (DOSM) menunjukkan nisbah jantina terkini penduduk Malaysia adalah 110 lelaki berbandi 100 wanita Nisbah jantina terkini penduduk Malaysia ketika ini adalah 110 bagi lelaki dan 100 bagi wanita. Ia telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi sempena majlis pelancaran laporan penemuan utama banci Malaysia 2020 di Dewan Cancelor, Management & Science University (MSU) di Shah Alam.

Selain itu hasil dapatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia juga, daripada bancian yang dilakukan menunjukkan bahawa 32.4 juta penduduk yang telah dibanci, 52.3 peratus ialah lelaki manakala 47.7 peratus ialah perempuan. “Penemuan banci juga menunjukkan negeri yang mempunyai bilangan wanita melebihi lelaki adalah W.P. Putrajaya, di mana 100 orang wanita bersamaan 96 orang lelaki.

Jelas beliau lagi, “Bagi statistik mengikut etnik, penduduk Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 69.4 peratus diikuti oleh etnik Cina ( 23.2%), India ( 6.7%) dan Lain-lain ( 0.7%).” Selain itu data bancian juga menunjukkan, daripada 32.4 juta penduduk Malaysia menunjukkan 6.8 peratus adalah berumur 65 tahun dan ke atas, 69.3 peratus ialah umur bekerja (15 hingga 64 tahun) dan bakinya 24.0 peratus dalam kalangan umur muda (0 hingga 14 tahun).

Warga emas iaitu penduduk yang berumur 60 tahun ke atas telah direkodkan sebanyak 10.4 peratus (3.4 juta) berbanding pada tahun 2010 ialah 8.0 peratus (2.2 juta). Golongan umur muda penduduk Malaysia juga telah menunjukkan penurunan daripada 27.6 peratus pada 2010 kepada 24.0 peratus pada 2020.

Seramai 52.3 peratus penduduk di Malaysia ialah lelaki, manakala 47.7 peratus ialah wanita, dengan nisbah jantina adalah 110 lelaki berbanding 100 wanita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 juga menunjukkan negeri yang mempunyai bilangan wanita melebihi lelaki adalah Putrajaya, di mana 100 wanita bersamaan dengan 96 lelaki.

“Bagi statistik mengikut etnik, penduduk Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 69.4 peratus, diikuti etnik Cina (23.2 peratus), India ( 6.7 peratus) dan lain-lain ( 0.7 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...