AMEkonomi @ My LNA

Tiga MOU bernilai lebih RM100 juta ditandatangani di EXPO DUBAI 2020

91

DUBAI 14 Februari 2022 – Tiga MOU bernilai lebih RM100 juta ditandatangani di antara tiga syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan tiga rakan niaga yang berpotensi dari UAE. Ia melibatkan Propeasy Sdn. Bhd dan Mahaley Marketing, Fario Holdings Sdn Bhd dan Miko Koffie NV of Belgium dan Govicle Sdn Bhd dan Six Day Company LLC.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi (MEDAC) semalam, tiga syarikat tempatan tersebut merupakan sebahagian daripada 17 syarikat permulaan (startup) dan PKS Malaysia berprestasi tinggi yang menyertai delegasi Malaysia ke Expo 2020 Dubai – Minggu PKS Malaysia.

“Minggu PKS Malaysia di Ekspo diketuai oleh MEDAC menerusi agensi pelaksana iaitu SME Corp yang memfokuskan kepada syarikat permulaan dan PKS di dalam memacu pembangunan ekonomi negara melalui syarikat berteraskan inovasi. Turut serta dalam delegasi ini ialah SME Bank Berhad dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

Dalam hubungan ini, 17 syarikat permulaan dan PKS berprestasi tinggi dari Malaysia telah terpilih untuk diperkenalkan kepada rakan perniagaan global yang berpotensi di Pavilion Malaysia Expo 2020 Dubai, UAE. Fokus industri yang diketengahkan melalui syarikat permulaan dan PKS pada kali ini adalah Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Inovasi; Perubatan dan Kesihatan; dan Perkhidmatan berkaitan Dron.

Sementara itu, dalam usaha merancakkan sinergi penglibatan MEDAC bersempena Expo 2020 Dubai, dua program tambahan turut dilaksanakan serentak iaitu Export Acceleration Mission dan Business Export Program 2.0 oleh SME Bank yang melibatkan 11 syarikat PKS Bumiputera dan Franchise Engagement Programme oleh Pernas.” kata kenyataan tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...