Kenyataan Media

Kompaun bukan hanya untuk orang bawahan – Ismail Sabri

117

Shah Alam, 14 Februari 2022 – Mengenai desakan dari orang ramai supaya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya melepaskan jawatan atas kesalahan melanggar SOP, jawapan yang diberi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ialah sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan dikenakan kompaun termasuk juga Menteri.

“Langgar SOP bukannya jenayah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah keluarkan kompaun jadi siapa kena kompaun letak jawatan saya ingat tak ada orang boleh bekerja kalau semua letak jawatan,” katanya ketika ditanya oleh media.

“SOP ini penting, tetapi bukan satu kesalahan sekiranya individu melanggar SOP itu dikenakan kompaun. Tak perlu letak jawatan, yang penting tindakan telah diambil.

Menurut Ismail, tidak ada konsep orang atas kayangan tak kena kompaun dan orang bawah sahaja yang kena kompaun. Apa sahaja yang berlaku dan melanggar SOP akan dikenakan kompaun termasuk Menteri dan lain lain tak kira siapa.

Ismail ditanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dapatan Awalan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) di Dewan Canselor Management Science Univeristy, di sini hari ini.

Semalam Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didapati melanggar SOP ketika menghadiri program Majlis Pelancaran Briged MIC Johor, di Stadium Tertutup EduCity, Iskandar Puteri, Johor.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...