Home Politik SPR perlu pastikan pengundi terlindung dari COVID-19 pada PRN Johor – Dr Adham
Politik

SPR perlu pastikan pengundi terlindung dari COVID-19 pada PRN Johor – Dr Adham

SHAH ALAM, 11 Februari 2022 –  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba mengharapkan agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dapat memberi pandangan serta nasihat keupayaan untuk perlaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah ditetapkan pada 12 Mac depan. Ini berikutan kes harian COVID-19 semakin meningkat akibat gelombang Omicron.

Adham juga memaklumkan pada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung perkara ini dan beliau telah diberitahu bahawa gelombang Omicron tidak membawa sistem kesihatan kepada tahap yang lebih bahaya. Beliau lihat ada perkara yang yang perlu dipertimbangkan iaitu nyawa dan kehidupan. Dengan jumlah jangkitan yang sederhana, beliau yakin SPR akan dapat memberi pandangan.

Semalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menangguhkan PRN Johor atau membenarkan parti yang bertanding untuk berkempen secara terbuka. Pimpinan pembangkang menerusi kenyataan bersama, menegaskan ia bagi memastikan tiada pihak menjadikan peningkatan kes COVID-19 sebagai alat bagi tujuan politik walaupun jangkitan harian menunjukkan trend peningkatan akibat varian Omicron.

SPR telah menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari manakala pengundian awal pada 8 Mac.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

MY LNAPolitik

Muhyiddin sendiri pernah ajak rakyat sokong DAP

21 Mei 2023 – Berhubung dengan laporan media baru baru ini yang...

MY LNAPolitik

Pandangan Annuar Musa dangkal

16 Mei 2023 – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sheikh Umar...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPolitik

Keluar Sekejap : KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik

11 April 2023 – Rancangan podcast Keluar Sekejap episod “KWSP, Isu Laut...