11 Februari 2022 – PDRM memandang serius setiap kes kematian dalam tahanan dan mengambil tindakan komprehensif bagi memastikan setiap kes disiasat secara teliti. PDRM juga mengambil maklum peruntukan undang-undang dalam Kanun Tatacara Jenayah dan arahan Amalan Bilangan DUA (2) tahun 2019 pengendalian laporan mati mengejut dan siasatan kematian oleh Mahkamah Sesyen Koroner.
Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, CP Dato’ Azri bin Ahmad berkata bagi memastikan tiada ketinggalan, PDRM akan memajukan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk memastikan segala aspek siasatan telah dilengkapkan dengan mematuhi segala prosedur siasatan.
“Dalam konteks ini, amalan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya adalah bagi mendapatkan nasihat lanjut dan pandangan berhubung prosedur siasatan.
Amalan ini adalah bagi memastikan semua peruntukan undang-undang telah dipatuhi dan siasatan adalah lengkap.
Kertas siasatan yang lengkap akan dimajukan dengan kadar segera kepada Mahkamah Koroner untuk tindakan lanjut.” katanya.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang