KUALA LUMPUR 11 Februari 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding kerusi DUN pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.
Dalam satu kenyataan semalam, beliau menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan sepenuh masa tugas saya sebagai ahli Parlimen Mersing dan Menteri.
“Saya akan memberikan sepenuh komitmen dalam membantu gerak kerja parti dan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan kemenangan calon-calon PN nanti.4.
Saya juga menyeru kepada semua rakyat Johor agar menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi dan membuat pilihan bijak terutamanya 700,000 pengundi baru termasuk 180,000 anak muda yang berusia 18-20 tahun yang didaftarkan secara automatik oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).” katanya.
SPR telah menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari manakala pengundian awal pada 8 Mac.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang