Foto kredit kepada Adib Iskandar
10 Februari 2022 – Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Dato Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa bagi membuktikan iltizam Parti Pejuang dalam memerangi amalam reasuah , kesemua mereka yang berpotensi menjadi calon mewakili parti tersebut di Pilihanraya Negeri Johor, diwajibkan untuk menjalani Ujian Psikometrik Anti-Rasuah (RBTAG) seperti yang disarankan oleh pihak #RasuahBusters.
“Teras perjuangan Parti Pejuang Tanahair adalah prinsip menolak dan memerangi rasuah. Ini merupakan keutamaan dan prinsip yang menjadi jati diri dan budaya bagi setiap ahli Parti Pejuang.
Melalui ujian ini, Parti Pejuang dapat memastikan calon-calon yang dihantar oleh Pejuang adalah calon-calon yang bersih, tidak terlibat dengan rasuah serta mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi berbanding calon-calon lain.” kata Mukhriz dalam satu kenyataan media semalam.
Tambah beliau, ujian itu juga merupakan komitmen Parti Pejuang Tanahair untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat dalam pada masa yang sama menzahirkan hasrat Parti Pejuang untuk mengubah nasib bangsa dan negara dengan menjamin masa depan yang bebas rasuah , berintegriti serta mengembalikan kegemilangan Malaysia yang tercinta.
- AI in the classroom: A cursed blessing?
- How you do anything is how you do everything
- Be Part of Change: Chicano Hollywood Announces a Funding Initiative to Urge an Era of Chicano Prominence
- BendPak Improves Two-Post Parking Lift
- New Book SECOND CHANCE AT 75 Humanizes the Topic of Cardiovascular Disease
Leave a comment