Ekonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Bangga melihat usahawan muda dalam perniagaan emas – Noh Omar

277

KUALA LUMPUR 10 Februari 2022 – Menteri Pembangunan dan Usahawan Tan Sri Noh Omar bangga melihat golongan usahawan-usahawan terlibat atau menceburi bidang yang jarang melibatkan anak-anak muda terutama dari kalangan Bumiputera dalam perniagaan emas.

Dalam sidang media beliau berkata, “Usahawan dan koperasi kena berani melibatkan diri dalam sektor perniagaan yang baru seperti perniagaan emas ini jarang melibatkan usahawan bumiputera. Mereka harus diberikan galakan  supaya tidak rugi kalau menceburi perniagaan emas kerana keuntungannya sebanyak 5%.

MEDAC melalui agensinya Bank Rakyat dan juga PUNB memang memberi kerjasama dan menyediakan pembiayaan kepada usahawan yang terlibat dalam perniagaan emas. Dengan kerjasama agensi MEDAC dan usahawan-usahawan yang terlibat dengan perniagaan emas, beliau berharap produk emas yang dibuat di Malaysia akan terkenal di peringkat antarabangsa.

Sebelum itu Noh telah melancarkan emas jenama Omar dan Hana di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Jenama itu hasil kerjasama antara Tamu Gold dan syarikat animasi tempatan Digital Durian dalam mengeluarkan produk berkualiti berteraskaan simpanan serta pelaburan bertemakan siri animasi kekeluargaan terkenal tanah air.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Legacy Credit Sdn Bhd Legacy Credit Sdn Bhd (“Legacy Credit”...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...