Home Kenyataan Media PRN Johor : Semua calon PEJUANG wajib jalani Ujian Psikometrik Anti-Rasuah (RBTAG) yang disarankan oleh pihak #RasuahBusters
Kenyataan Media

PRN Johor : Semua calon PEJUANG wajib jalani Ujian Psikometrik Anti-Rasuah (RBTAG) yang disarankan oleh pihak #RasuahBusters

Foto kredit kepada Adib Iskandar

10 Februari 2022 – Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Dato Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa bagi membuktikan iltizam Parti Pejuang dalam memerangi amalam reasuah , kesemua mereka yang berpotensi menjadi calon mewakili parti tersebut di Pilihanraya Negeri Johor, diwajibkan untuk menjalani Ujian Psikometrik Anti-Rasuah (RBTAG) seperti yang disarankan oleh pihak #RasuahBusters.

“Teras perjuangan Parti Pejuang Tanahair adalah prinsip menolak dan memerangi rasuah. Ini merupakan keutamaan dan prinsip yang menjadi jati diri dan budaya bagi setiap ahli Parti Pejuang.

Melalui ujian ini, Parti Pejuang dapat memastikan calon-calon yang dihantar oleh Pejuang adalah calon-calon yang bersih, tidak terlibat dengan rasuah serta mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi berbanding calon-calon lain.” kata Mukhriz dalam satu kenyataan media semalam.

Tambah beliau, ujian itu juga merupakan komitmen Parti Pejuang Tanahair untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat dalam pada masa yang sama menzahirkan hasrat Parti Pejuang untuk mengubah nasib bangsa dan negara dengan menjamin masa depan yang bebas rasuah , berintegriti serta mengembalikan kegemilangan Malaysia yang tercinta.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...