KUALA LUMPUR 10 Februari 2022 – Menteri Pembangunan dan Usahawan Tan Sri Noh Omar bangga melihat golongan usahawan-usahawan terlibat atau menceburi bidang yang jarang melibatkan anak-anak muda terutama dari kalangan Bumiputera dalam perniagaan emas.
Dalam sidang media beliau berkata, “Usahawan dan koperasi kena berani melibatkan diri dalam sektor perniagaan yang baru seperti perniagaan emas ini jarang melibatkan usahawan bumiputera. Mereka harus diberikan galakan supaya tidak rugi kalau menceburi perniagaan emas kerana keuntungannya sebanyak 5%.
MEDAC melalui agensinya Bank Rakyat dan juga PUNB memang memberi kerjasama dan menyediakan pembiayaan kepada usahawan yang terlibat dalam perniagaan emas. Dengan kerjasama agensi MEDAC dan usahawan-usahawan yang terlibat dengan perniagaan emas, beliau berharap produk emas yang dibuat di Malaysia akan terkenal di peringkat antarabangsa.
Sebelum itu Noh telah melancarkan emas jenama Omar dan Hana di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Jenama itu hasil kerjasama antara Tamu Gold dan syarikat animasi tempatan Digital Durian dalam mengeluarkan produk berkualiti berteraskaan simpanan serta pelaburan bertemakan siri animasi kekeluargaan terkenal tanah air.
- From Farm to Screen: Shopee’s Kempen Tani Cultivates Online Success for Agropreneurs
- UM launches Green@UMHealth, Malaysia’s first sustainable academic health centre
- More uncertainties expected in COP29, positioning Malaysia
- The New Meme Coin Trend This Christmas Season [$Chillmas]: The Perfect Collision of Chill Guy and Christmas
- LGI Homes Celebrates Major Milestone with 75,000th Home Closing
Leave a comment