KUALA LUMPUR, 10 Februari 2022 – Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 bertarikh 8 Februari 2022 telah bersetuju dengan pelaksanaan SOP baharu untuk aktiviti umrah. SOP baharu ini akan dikuatkuasakan bermula pada 14 Februari 2022. Susulan itu, kepada jemaah-jemaah yang melaksanakan perjalanan mengerjakan umrah di dalam tempoh 8 Februari 2022 sehingga 13 Februari 2022 boleh mengguna pakai tatacara SOP sebelum ini.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengadakan latihan kepada semua syarikat pengendali umrah berlesen mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu pelaksanaan ibadah itu. MOTAC memaklumkan, latihan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM).
Training for Trainers (TOT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua syarikat pengendali umrah yang berlesen di bawah MOTAC mengenai pemakaian SOP baharu ini. Mereka seterusnya bertanggungjawab untuk memberikan taklimat penerangan kepada jemaah di bawah kendalian mereka sebelum berlepas mengerjakan umrah.
SOP itu turut menggariskan peranan ‘person incharge’ atau individu daripada setiap ejen pelancongan yang digalas tanggungjawab ke atas perjalanan setiap jemaah. Peranan itu katanya, meliputi keperluan mereka memantau kepatuhan jemaah umrah ketika berada di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan ketika berada di pintu masuk antarabangsa (PMA) Malaysia.
- COVID-19 : Kes sembuh sebanyak 2,192
- Tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi
- Malaysia tubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR)
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter. RON95 dan Diesel kekal
- Permohonan Geran Padanan dibuka kepada pengusaha hotel taraf 1 dan 2 Bintang