Home AM JBPM Melaka dibina secara “Design and Build” – Reezal Merican
AM

JBPM Melaka dibina secara “Design and Build” – Reezal Merican

MELAKA, 8 Februari 2022 – Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah meyempurnakan perasmikan Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka. Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka yang terletak di Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah ini merupakan projek pembinaan yang telah dilaksanakan secara “Design and Build” dengan kos keseluruhan sebanyak RM menteri11,245,317.00 melalui peruntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8).

Kompleks Ibu Pejabat ini mempunyai fasiliti selaras dengan keperluan asas pejabat pentadbiran Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri yang mempunyai komponen seperti Blok Pentadbiran, Blok Logistik, Blok Balai Bomba dan Penyelamat Kategori B, Menara Latihan, Dewan Serbaguna dan Padang Kawad.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican yang turut hadir menyatakan bahawa keberadaan Wira Merah kita ini merupakan satu daripada komponen penting dalam menzahirkan aspirasi sebuah negara yang berdaya huni. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa bersedia dalam menangani sebarang situasi kecemasan sama ada kebakaran, bencana alam, kemalangan, khidmat khas dan sebagainya. Mereka sentiasa ada dan bersedia untuk Keluarga Malaysia.

Beliau turut menjelaskan bahawa pembinaan Ibu Pejabat ini, merupakan satu keperluan utama dalam usaha memastikan pentadbiran dan penyelarasan fungsi-fungsi penting Jabatan terutamanya dalam memberikan perkhidmatan kecemasan kepada rakyat di Negeri Melaka dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik. Tambah beliau, ibu pejabat baharu JPBM ini turut menjadi pusat koordinasi yang sistematik bagi 11 buah Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Negeri Melaka yang merupakan “frontliners Keluarga Malaysia” dalam menangani kes-kes kecemasan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...