20 Januari 2022 – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menyifatkan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menggantung pemain nombor satu negara Lee Zii Jia daripada mewakili negara selama dua tahun sebagai tindakan yang terlalu drastik. Katanya lagi tiada sebarang sebab munasabah diberikan untuk tindakan tersebut.
“Pada masa yang sama, seorang lagi bakat badminton negara, Goh Jin Wei, pemenang pingat emas Olimpik Remaja, turut digantung oleh BAM.
Jika tindakan tersebut adalah untuk memberi amaran kepada pemain BAM supaya “patuh arahan”, maka jelas pihak berkuasa tidak berniat untuk mencari serta memperbaiki kelemahan sistemik bagi mengelakkan pemain keluar BAM, sebaliknya mengguna wewenang untuk menekan pemain agar mematuhi arahan mereka yang berkuasa. Ini adalah satu tindakan yang bersifat menindas.
Tindakan sebegini langsung tidak menyelesaikan masalah pokok yang sebenar dan tidak membantu dalam pembangunan sukan negara.” kata bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.
Tambah Steven, semangat sukan adalah pendamaian dan bukan penindasan. Sepatutnya, satu penyelesaian menang-menang patut dicari dan bukannya dengan cara membunuh kerjaya sukan pemain nombor satu negara.
“Menteri Belia dan Sukan harus memainkan peranan sebagai pendamai antara BAM dan Lee Zii Jia serta Goh Jin Wei, bukannya berdiam diri sehingga isu ini kini mendapat kecaman rakyat Malaysia dan komuniti sukan antarabangsa termasuk Viktor Axelsen, pemain badminton nombor satu dunia.” katanya.
- PT. Eka Mas Republik (MyRepublic) Celebrates Double Recognition at ACES Awards
- Hong Kong’s premier ink art event UOB Art in Ink Festival returns this December, fostering art inclusivity
- Arbor Partners With Japanese Aomori Prefecture To Unveil A New Japanese-French Culinary Feast
- Beloved Disney ∙ Pixar Characters Come to Life as 10 FURRY NICE Collectible Furry Friend Sets at 7-Eleven
- Anglo-Chinese School Students Crowned as the Grand Winner of the Samsung Solve for Tomorrow 2024 Competition
Leave a comment