PADANG TERAP, 15 JAMUARI 2022 – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tidak wujud sebarang kelompok dalam pucuk pimpinan UMNO.
Menurut beliau, urusan perjalanan parti juga berlangsung cukup baik walaupun jawatan Perdana Menteri bukan dipegang oleh Presiden UMNO seperti tradisi sebelum ini.
“Usah wujudkan pandangan seolah-olah ada dua kelompok dalam UMNO kerana perkara itu tidak wujud.
Sebagai Naib Presiden, saya boleh sahkan bahawa segalanya baik-baik saja di peringkat pusat.” kata beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Baucer Persekolahan 2022 Parlimen Padang Terap di Dewan Bangunan UMNO Padang Terap semalam.Beliau diminta mengulas hubungan antara pucuk pimpinan tertinggi UMNO berikutan jawatan Perdana Menteri tidak disandang oleh Presiden parti seperti tradisi dalam UMNO.
“Apabila ada pelantikan Perdana Menteri dari Naib Presiden, ini buat pertama kali UMNO Perdana Menteri, UMNO Naib Presiden, selalunya Perdana Menteri adalah Presiden parti.
Jadi apabila Naib Presiden jadi Perdana Menteri, Presiden uruskan parti. Dari setakat ini yang saya sebut Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Zahid Hamidi adalah Presiden parti.”
Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berharap tidak ada pihak yang mengadu domba sehingga menimbulkan pergolakan di dalam UMNO.
“Kita berada dalam satu rangka kerja menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan Presiden komited menguruskan parti ketika Naib Presiden menjadi Perdana Menteri, adi saya tak nampak ada sebarang masalah ketika ini,” kata Mahdzir.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment