Home Politik UMNO DAN BN SEDIA HADAPI PRN JOHOR
Politikz10

UMNO DAN BN SEDIA HADAPI PRN JOHOR

PADANG TERAP, 15 JANUARI 2022 – UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk berdepan dengan satu lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor jika perkara itu tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, keputusan sama ada UMNO dan BN bertanding secara solo atau sebaliknya hanya akan diputuskan secara konsensus oleh kepimpinan parti itu apabila tiba masanya nanti.

“UMNO dan BN sentiasa bersedia, jika itulah keputusan Johor (PRN), UMNO dan BN sedia menghadapinya.

Sama ada kita bertanding solo atau bersama rakan-rakan lain, itu akan ditentukan secara konsensus oleh kepimpinan tertinggi parti. Sebagai Naib Presiden, saya tak berhak bercakap bagi pihak parti dan semuanya terpulang kepada kepimpinan peringkat Pusat.” kata Mahdzir dalam sidang media selepas majlis Penyerahan Baucar Bantuan Persekolahan 2022 di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Padang Terap semalam.

Beliau diminta mengulas kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor yang akan membawa kepada PRN susulan pergolakan politik di negeri itu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

MY LNAPolitik

Muhyiddin sendiri pernah ajak rakyat sokong DAP

21 Mei 2023 – Berhubung dengan laporan media baru baru ini yang...

MY LNAPolitik

Pandangan Annuar Musa dangkal

16 Mei 2023 – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sheikh Umar...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPolitik

Keluar Sekejap : KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik

11 April 2023 – Rancangan podcast Keluar Sekejap episod “KWSP, Isu Laut...