Home Pendidikan KPM dan SPP harus mendengar rayuan dan keluhan calon pengambilan one-off yang semakin lantang – Teo Nie Ching
PendidikanPolitik

KPM dan SPP harus mendengar rayuan dan keluhan calon pengambilan one-off yang semakin lantang – Teo Nie Ching

15 JANUARI 2022 – Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan SPP harus mendengar rayuan dan keluhan calon pengambilan one-off yang semakin lantang berhubung dengan Pengambilan Khas seramai 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off bagi mengisikan kekosongan guru di sekolah KPM.

Kata Mantan Timbalan Menteri Pendidikan itu dalam satu kenyataan semalam, beliau banyak menerima aduan yang harus dijawab oleh KPM dan SPP iaitu :

1.     Apa sebab graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Institusi Penggajian Tinggi (ISMP PAKK IPT) tidak ramai diluluskan sedangkan jumlah yang dipilih untuk ditemuduga terlalu ramai?
 
2.     Apa sebab KPM dan SPP membuka tawaran temuduga kepada ramai graduan ISMP PAKK IPT tetapi tidak memberi peluang yang adil dan saksama kepada mereka untuk menjadi guru?
 
3.     Daripada lebih kurang lebih 1000 permohonan opsyen PAKK dari pelbagai kumpulan tahun graduan, apa sebab hanya 12 orang sahaja dipilih?
 
4.     Apa sebab ramai calon yang mempunyai ikhtisas tidak dipanggil untuk temuduga walaupun mereka memenuhi semua syarat yang ditetapkan?
 
5.     Apa sebab segelintir calon dari JAWI yang mempunyai ikhtisas tidak dipanggil temuduga walaupun permohonan mereka disokong oleh ketua jabatan?
 
6.     156 pemohon dari Universiti Selangor, 154 orang menerima tawaran, tetapi dua orang pemohon yang pernah menjadi guru ganti tidak dipanggil untuk temuduga. Apa sebabnya?
 
7.     Cikgu Jannah, seorang guru yang mempunyai Diploma Perguruan (IPG), Ijazah Sarjana Muda PAKK (OEM),  Sarjana Pendidikan PAKK (UPSI) dan pengalaman mengajar PAKK selama 12 tahun juga tidak dipanggil temuduga. Apa sebabnya?

“Banyak lagi cerita yang saya boleh kongsikan. Sudahpun banyak kali golongan ini meminta satu perjumpaan dengan KPM dan SPP, tetapi permintaan ini juga tidak dihirau.

Sikap sedemikian langsung tidak menunjuk sifat #KPMPrihatin, satu hashtag yang selalu digunapakai oleh Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin.
 
Oleh yang demikian, saya menggesa KPM dan SPP supaya mengadakan perjumpaan dengan calon-calon tersebut dan menjelaskan apa sebab mereka bukan di antara 17,157 orang calon yang dipanggil temuduga.” katanya.

Tambah beliau, memandangkan hanya 17,157 orang calon yang dipanggil temuduga, KPM dan SPP wajar memanggil lagi lebih ramai calon yang layak untuk temuduga supaya kekosongan 18,702 jawatan dapat diisi secepat mungkin.


 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPendidikan

KPM teliti cadangan kembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari

24 Mei 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti cadangan untuk...

MY LNAPolitik

Muhyiddin sendiri pernah ajak rakyat sokong DAP

21 Mei 2023 – Berhubung dengan laporan media baru baru ini yang...

MY LNAPolitik

Pandangan Annuar Musa dangkal

16 Mei 2023 – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sheikh Umar...

AMHighlightsMY LNAPendidikanSekuriti Makanan

UM Selamatkan Lebih 785kg Makanan dan diagihkan kepada yang memerlukan

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2023 : 21 sukarelawan Universiti Malaya telah menjalankan program MYSAVEFOOD@Ramadan...